4 Jenis Kemasan yang Disyorkan Kilang Plastik Bungkusan Makanan
September 23, 2020Cara Mencari Kilang Cetak Plastik Pembungkusan Makanan Terbaik
September 28, 2020HAIN® Packaging merupakan kilang memproses pembungkusan plastik makanan yang berpengalaman dan dipercayai di Malaysia. Menjadi pesaing utama dalam industri pembekalan pembungkusan plastik di Malaysia, syarikat kami menyediakan perkhidmatan tempahan pembungkus makanan dengan logo sendiri.
Pasukan Jualan kami sentiasa komited dalam memastikan kesesuaian pembungkusan plastik makanan dengan produk anda. Khidmat nasihat dari mereka yang berpengalaman dan terlatih akan memudahkan anda membuat keputusan pembungkusan yang diinginkan. Staf Jualan kami akan sentiasa berhubung dengan anda dari awal proses sehinggalah anda menerima tempahan anda.
Kilang HAIN® Packaging
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk anda menempah pembungkus plastik makanan dengan HAIN® Packaging. Yang pertama, hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan produk dan kami akan menyediakan sebut harga (quotation) terbaik kepada anda. Kami menawarkan harga yang kompetitif seiring dengan produk yang berkualiti. Pilihan produk yang ditawarkan juga sesuai untuk pelbagai jenis industri termasuklah produk makanan.
Seterusnya, selepas kami menerima pengesahan tempahan anda, kami akan mengambil reka bentuk sedia ada dari anda, atau kami akan mencadangkan rekaan pembungkusan plastik makanan yang bersesuaian untuk kelulusan anda. Proses ini bertujuan untuk memastikan anda mendapat rekaan atas pembungkusan yang anda inginkan. Ulasan dan pemerhatian yang teliti terhadap karya yang dihasilkan adalah langkah penting sebelum kelulusan untuk meneruskan proses pengeluaran.
Kilang Memproses Pembungkusan Plastik Makanan | HAIN® Packaging
Langkah ketiga melibatkan pengeluaran dan pembuatan pembungkusan plastik makanan. Proses ini biasanya mengambil tempoh 12 hingga 17 hari bekerja. Proses pengeluaran di kilang melibatkan pemprosesan pembungkusan makanan kami, yang akan dipantau dengan prosedur yang betul dan kawalan kualiti untuk menghasilkan pembungkusan produk yang tiada tandingan.Kakitangan terlatih kami mempunyai kepakaran untuk menjaga standard pembuatan pada setiap peringkat agar produk akhir yang dihasilkan memuaskan hati anda.
Peringkat terakhir adalah proses pemeriksaan kualiti dan kuantiti pembungkusan plastik makanan sebelum proses penghantaran kepada anda. Kami akan memeriksa semua produk siap anda sebelum dihantar untuk memastikan kualiti terjaga dan jumlah yang disediakan adalah betul. Kami akan menghantar tempahan anda mengikut maklumat penghantaran yang diberikan.
HAIN® Packaging merupakan pembekal dan kilang memproses pembungkusan plastik makanan yang berpengalaman dan dipercayai di Malaysia. Kami menggunakan pengalaman dan kepakaran plastik bungkusan kami untuk menyediakan perkhidmatan beg pembungkusan berkualiti tinggi dan kompetitif kepada pelanggan kami di seluruh Malaysia. Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]