Plastik Singlet: Ringkas dan Berkesan untuk Jenama Lebih Menyerlah
February 3, 2023Perniagaan Maju, Jenama Lebih Terkenal dengan Plastik Logo Sendiri
February 7, 2023Bila sebut tentang shellout, mesti kita akan teringat juadah makanan laut terhidang terus atas lapik plastik, dengan apron tersendiri untuk pelanggan menjamu selera. Hidangan ini antara trend yang menjadi sambutan ramai sejak tahun 2013.
Sekarang, sudah banyak restoran shellout terdapat di Malaysia dengan pelbagai gaya dan imej jenama. Tentu ramai pemilik shellout disana ingin menonjol antara pesaing lain dengan keunikan anda tersendiri. Sebab itulah dengan penggunaan apron plastik tersendiri boleh meningkatkan perniagaan shellout anda. Apron jenama sendiri melalui cetakan plastik custom boleh menyerlahkan perusahaan anda antara pesaing lain.
Cetak Plastik untuk Apron Shell Out yang Unik
Apron sebegini selalunya senang dipakai dan dibuang. Ia diperbuat daripada plastik jenis LDPE yang fleksibel, ringan dan tahan pelbagai jenis cecair atau minyak. Ia cukup tahan lasak untuk penggunaan sekali, dan sesetengah plastik boleh dikitar semula.
Selain itu, anda sebagai pemilik restoran shellout juga ada kelebihan mencetak plastik sendiri untuk penggunaan apron menjamu selera.
- Rekabentuk Tersendiri
Segala jenis desain atau rekabentuk apron plastik shellout terletak di tangan anda. Oleh sebab ia sangat fleksibel, anda boleh tentukan ketebalan dan panjang/lebar apron anda. Anda juga boleh pilih untuk mencetak logo jenama anda pada apron plastik anda.
- Cara Pengiklanan Kreatif
Apron plastik anda boleh dijadikan sebagai salah satu cara “mengiklankan” jenama shellout anda dipasaran. Senang saja: pelanggan sudah pasti akan menayangkan jenama anda melalui penghantaran dan perkongsian gambar di media sosial. Banyak gambar-gambar yang menampilkan pelanggan mereka menikmati shellout dengan memakai apron plastik yang biasa.
Tingkatkan peluang jenama anda untuk lebih naik dalam kalangan pelanggan dengan logo tersendiri cetak atas apron anda. Mungkin nampak biasa, tapi ini juga menjadikan nama perusahaan anda lebih dikenali dalam kalangan peminat shellout.
- Penjimatan Kos dan Jaminan Kualiti
Dengan penggunaan sekali sahaja, ini bermakna pelanggan anda dijamin dapat menikmati hidangan shellout yang lazat lagi selamat. Plastik apron sebegini boleh dibeli dalam kuantiti yang banyak untuk menampung pelanggan yang ramai. Selain itu, pembelian yang banyak juga boleh membantu dalam penjimatan kos.
Rakan Pencetak Plastik yang Diyakini
Ringkasnya, anda sebagai pemilik bisnes restoran shellout boleh pergi lebih maju dengan penambahan plastik apron yang unik. Bukan saja ringan dan tahan kotoran, anda juga dapat menonjolkan nama unik perniagaan anda dalam kalangan pesaing anda.
Di HAIN® Packaging, kami komited untuk mengekalkan kualiti kerja kami sebagai salah satu pembekal dan pencetak plastik yang diyakini di Malaysia. Kami menawarkan perkhidmatan tempah plastik bercetak dengan reka bentuk pilihan bersesuaian dengan produk. Selain apron plastik shellout, kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan.
Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]