3 Jenis Packaging yang Sesuai untuk Semua Jenis Serunding

laminate plastik makanan
Pouch Plastik Makanan: Cara Pemilik Bisnes Bantu Jimatkan Masa Masak
April 11, 2023
Plastik Packaging Makanan: Cara Pengiklanan Jenama yang Unik
April 19, 2023
laminate plastik makanan
Pouch Plastik Makanan: Cara Pemilik Bisnes Bantu Jimatkan Masa Masak
April 11, 2023
Plastik Packaging Makanan: Cara Pengiklanan Jenama yang Unik
April 19, 2023

3 Jenis Packaging yang Sesuai untuk Semua Jenis Serunding

Serunding bukan saja terhad pada satu jenis perisa dan satu jenis packaging sekarang. Ia antara juadah yang diminati ramai rakyat Malaysia dan boleh dimakan bila-bila saja. Penyediaan makanan juga mudah sebab banyak produk serunding sekarang boleh terus dimakan atau dihidang.

Sebagai pengusaha serunding, anda boleh upgrade pada packaging yang lebih baik dan berkualiti tinggi untuk produk anda. Pembungkusan yang baik dapat melindungi kualiti dan kesegaran produk anda. Ia juga mampu memberikan penampilan lebih menarik dan memikat perhatian pembeli di luar.

Kita sedia maklum pembungkusan mampu menetukan samada sesuatu produk itu laku dijual. Ia antara perkara pertama pembeli akan nampak terlebih dahulu semasa pembelian. Oleh itu, sebagai pemilik bisnes, kita boleh tonjolkan lagi jenama produk serunding di pasaran dengan packaging menarik dan praktikal.

Jenis Packaging Sesuai untuk Produk Serunding

Ada tiga jenis pembungkusan yang juga cadangan sesuai untuk produk serunding anda.

packaging serunding
Packaging serunding yang ringkas tapi tampak profesional.

Mudah Disimpan dan Digunakan

Ketiga-tiga jenis pembungkusan diatas sesuai dijadikan pilihan untuk packaging serunding. Ini kerana ia mudah disimpan di tempat kering tanpa mengambil runag terlalu banyak. Dengan tambah tutup kedap ziplock, pembeli tak perlu bersusah untuk simpan serunding dalam bekas berlainan, atau tutup menggunakan sepit atau getah. Ini sekaligus memudahkan hidangan, dan sangat menyenangkan pada penggemar yang suka ratah serunding dengan sendirinya.

Jangka Hayat Produk Berpanjangan

Selain itu, fungsi tutup kedap ziplock memastikan jangka hayat serunding berpanjangan dalam packaging, dan kekal segar. Pembungkusan sebegini diperbuat daripada material plastik yang ringan tapi kukuh. Ada juga yang diperbuat daripada gabungan lapisan plastik dan aluminum. Ini menjadikan pembungkusan makanan berlamina ini sesuai untuk produk serunding.

Kepuasan dan Keyakinan Terhadap Jenama Meningkat

Pembungkusan jenis 3-side seal juga sesuai untuk serunding.

Selain itu, anda juga boleh sesuaikan packaging serunding anda mengikut imej jenama dan keperluan produk. Warna menyerlah dan cetakan logo boleh memberikan penampilan lebih ceria pada pembungkusan anda.

Tambahan pula, saiz pembungkusan berlainan juga boleh memberikan pembeli anda pilihan. Ada yang mahu cuba produk saiz kecil dulu sebelum komited pada produk saiz lebh besar. Jadi, dengan memberikan pilihan untuk memilih saiz, pembeli akan lebih puas hati dengan usaha anda memenuhi citarasa berlainan.

Majukan Perusahaan Anda dengan Khidmat Kami

Ringkasnya, produk serunding anda boleh pergi lebih jauh dengan packaging yang menarik dan memudahkan pembeli. Ia senang digunakan dan disimpan, sambil memberikan perlindungan lebih untuk kesegaran produk. Selain itu juga boleh menjamin kepuasan lebih bagi setiap penggemar serunding dengan pilihan pelbagai saiz yang boleh menepati citarasa mereka.

Di HAIN® Packaging, kami sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Selain produk serunding, kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai packaging plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan di Malaysia.

Anda boleh hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

HAIN® Packaging Kuala Lumpur

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected]