Sambal Hitam Kekal Segar dengan Packaging Unik dan Mudah
March 28, 2023Pembeli Senang Memasak dengan Packaging Pes Makanan Mudah
March 29, 2023Banyak jenis produk rendang dan pes rendang sudah dijual di pasaran, dan dalam pelbagai jenis packaging berlainan. Penyediaan makanan sekarang semakin mudah dengan produk yang mempercepatkan proses masakan. Tak kira apa jenis hidangan, sekarang rendang sudah boleh dibeli dan disediakan tanpa perlu membuat persediaan rumit.
Sebagai pengusaha produk rendang ataupun pes rendang, sudah tentu anda mahukan packaging anda lebih menyerlah di pasaran. Banyak jenis pilihan bermaksud saingan lebih tinggi dalam kalangan pengusaha lain. Packaging yang baik bukan saja dapat melindungi kualiti rendang anda. Ia juga boleh membantu memberikan kesenangan pada pengguna anda.
Sebab itulah, samada rendang ayam, daging atau pes makanan berkaitan, packaging anda boleh membantu jenama pergi lebih jauh di pasaran. Dengan tentukan rekabentuk yang menepati imej jenama, packaging anda boleh kekalkan kesegaran sambil mempromosikan produk anda sekaligus.
Tukar Jenis Packaging untuk Produk Rendang
Pembungkusan jenis tin antara pilihan kebanyakan pemilik bisnes. Tapi anda boleh adakan kelainan dengan penggunaan flexible packaging untuk produk anda.
Ada beberapa jenis packaging yang sesuai untuk produk rendang dan pes rendang anda:
Stand-up pouch
Standing pouch cetak antara pilihan baik untuk produk seperti rendang kering. Ia senang berdiri sendiri dan boleh tampil lebih menarik pada rak pasaran. Diperbuat daripada plastik atau material plastik berlamina, tambahan tutup ziplock meningkatkan aspek perlindungan produk dan boleh kekal segar.
Packaging ini juga sesuai kerana kesenangan yang boleh dimanfaatkan. Dengan produk rendang sedia dimakan, pembeli juga boleh bawa sebagai makanan tambahan ketika melancong. Ia senang disimpan dalam bagasi, dan tidak mengambil ruang yang terlalu banyak berbanding packaging tin atau balang. Cara ini juga sesuai untuk produk anda “diiklankan” di mana-mana saja.
Three side seal
Pembungkusan makanan jenis 3-side seal ini juga sesuai dijadikan packaging rendang, dan produk seperti pes rendang. Tiga sisi bertutup memudahkan proses pembungkusan produk. Selain tambahan “notch” mudah koyak, anda boleh tambah tutup kedap ziplock untuk perlindungan tambahan. Juga diperbuat daripada material plastik, atau dijadikan pembungkusan makanan berlamina.
Produk anda yang dibungkus dengan 3-side seal packaging juga mampu memudahkan proses penyediaan makanan. Ia senang dibuka dan ditutup, dan mudah disimpan di tempat yang sesuai tanpa mengambil terlalu banyak ruang.
Retort pouch
Selain itu, rendang anda boleh juga dibungkus dengan paackaging jenis retort pouch. Plastik bungkus makanan tahan panas ini dibuat daripada material berlamina. Ia direka khas untuk tahan suhu tinggi semasa dalam “retort process”.
Disinilah dimana pembeli boleh menikmati kesenangan memasak hidangan kegemaran ramai ini. Retort pouch senang dibuka dengan tepian “notch” senang koyak. Dan ia juga boleh dimasak dengan mudah; samada rebus packaging dalam air mendidih, atau panaskan dalam ketuhar microvave.
Tingkatkan Perusahaan Makanan Anda dengan Kami
Ringkasnya, produk rendang dan pes rendang anda boleh pergi lebih jauh dengan packaging yang unik serta mudah. Pembeli dapat menikmati kesenangan penggunaan produk dan juga kesedapan rendang bila-bila saja, terutamanya di Hari Raya. Selain perlindungan produk yang kukuh, ia juga boleh dijadikan medium pengiklanan untuk jenama anda.
Anda boleh hubungi kami di HAIN® Packaging untuk mendapatkan khidmat cetakan pembungkusan yang berkualiti untuk tingkatkan lagi penjenamaan anda. Untuk maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda, rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]