
Beg Plastik Baju: 6 Jenis Pembungkusan yang Boleh Tambah Seri Pakaian
Mac 22, 2023
Packaging Unik untuk Tarik Penggemar Kerepek yang Suka Melancong
Mac 23, 2023Setiap kopi berkualiti perlukan pembungkusan custom yang unik, yang juga termasuk packaging standing pouch.
Samada anda pemilik kafe dan restoran ataupun pemilik bisnes kopi, packaging standing pouch antara pilihan sesuai untuk produk anda. Ada juga pilihan lain seperti beg jenis flat-bottom gusset untuk penampilan lebih profesional. Sebagai pengusaha, anda juga boleh tentukan jenis pembungkusan kopi anda tersendiri.
Ada macam-macam cara anda boleh tentukan packaging custom kopi anda. Dari pilihan beg bungkus hinggalah ke rekaan keseluruhan beg, pilihan semua ada di tangan anda.
Ini antara cara yang anda boleh pertimbangkan bila cetak pembungkusan kopi anda.
Pilih Pembungkusan Anda
Pertama, anda boleh pilih pembungkusan yang sesuai dengan produk anda. Pilihan packaging untuk kopi termasuklah standing pouch cetak, jenis 3-side seal untuk produk kopi segera, flat bottom gusset bag, atau beg jenis side gusset. Pembungkusan ini diperbuat daripada gabungan plastik dan bahan berlamina yang kukuh dan mengekalkan kualiti.

Selain itu, beg ini juga boleh datang dengan kemasan berkilat (glossy), jenis matte, atau jenis “brown kraft paper”. Semua boleh datang dengan lapisan plastik sebagai “tingkap pameran”.
Pelbagaikan Saiz Produk
Saiz packaging kopi custom anda juga boleh disesuaikan. Malah, anda boleh pelbagaikan saiz standing pouch kopi anda untuk pengalaman pembeli lebih baik. Ada pembeli yang lebih suka mencuba produk bersaiz kecil terlebih dahulu sebelum membeli produk bersaiz besar. Dengan itu, pembeli anda dapat menikmati pelbagai pilihan produk terbaik anda.
Sesuaikan Desain Pembungkusan
Selain jenis packaging, anda boleh juga tentukan desain atau rekaan custom pembungkusan kopi anda. Pilih samada anda inginkan warna cerah dan menonjol, ataupun rekaan lebih minimal dengan warna tenang. Pembungkusan kopi anda boleh disesuaikan dengan imej jenama anda dan lebih menyerlah di pasaran.

Maklumkan Para Peminat Kopi
Anda juga boleh cetak maklumat penting pada packaging kopi anda. Setiap penggemar kopi suka mengetahui dimana asal biji kopi, dan pelbagai note perisa. Berikan juga kesenangan pada pembeli anda dengan cetak tarikh, asal, arahan membancuh, dan juga arahan penyimpanan.
Tambahkan Fungsi Pengekalan Kualiti
Seperti produk lain, kualiti amat penting pada produk kopi, dan packaging anda harus memainkan peranan penting. Jadi, tambahan tutup kedap udara seperti ziplock dan injap penyahgas (degassing valve) mampu membantu mengekalkan kesegaran produk kopi. Selain itu, ia juga menyenangkan pembeli dengan penggunaan dan penyimpanan mudah.
Packaging Custom Berkualiti untuk Semua Produk Kopi
Secara keseluruhannya, packaging custom antara cara efektif untuk pemilik kafe dan pengusaha bisnes kopi meningkatkan lagi jenama mereka. Anda boleh menentukan rekabentuk, jenis pembungkusan dan fungsi yang lebih profesional dan memikat setiap penggemar kopi. Selain itu, jenama anda boleh lebih menonjol dalam kalangan pesaing anda.
Di HAIN® Packaging, kami komited untuk mengekalkan kualiti kerja kami sebagai salah satu pembekal dan pencetak plastik yang diyakini di Malaysia. Kami menawarkan perkhidmatan tempah plastik bercetak dengan reka bentuk pilihan bersesuaian dengan produk. Selain packaging standing pouch kopi, kami juga menyediakan khidmat cetak pembungkusan dan beg plastik logo sendiri untuk keperluan bermacam jenis perusahaan.
Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Anda juga boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected] beg berzip pembekal pembungkusan jenis plastik Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk. beg berdiri
Soalan Lazim
1. Apakah bahan pembungkusan yang sesuai untuk kopi?
Untuk kopi, laminasi PET/AL/PE dengan one-way valve adalah pilihan terbaik. Valve membolehkan gas CO2 keluar tanpa membenarkan oksigen masuk, mengekalkan kesegaran kopi.
2. Mengapa one-way valve penting untuk pembungkusan kopi?
Kopi yang baru dipanggang menghasilkan gas CO2. Tanpa valve, gas terperangkap boleh menyebabkan beg kembung atau pecah. One-way valve membenarkan gas keluar sambil menghalang oksigen masuk.
3. Apakah MOQ untuk pembungkusan kopi custom?
MOQ kami bermula dari 5,000 unit untuk pembungkusan kopi custom. Kami menawarkan pelbagai saiz dari 100g hingga 1kg dengan pilihan zip lock dan valve.




