4 Trend Pembungkusan yang Unik untuk Rangkaian Produk Anda

Gambar promosi produk pembungkusan plastik untuk media sosial

Guna Packaging Unik untuk Tarik Perhatian Penggemar Kambing Perap

Mac 16, 2023
Beg plastik singlet untuk membeli-belah dan pembungkusan runcit

Beg Plastik Baju: 6 Jenis Pembungkusan yang Boleh Tambah Seri Pakaian

Mac 22, 2023
Gambar promosi produk pembungkusan plastik untuk media sosial

Guna Packaging Unik untuk Tarik Perhatian Penggemar Kambing Perap

Mac 16, 2023
Beg plastik singlet untuk membeli-belah dan pembungkusan runcit

Beg Plastik Baju: 6 Jenis Pembungkusan yang Boleh Tambah Seri Pakaian

Mac 22, 2023

4 Trend Pembungkusan yang Unik untuk Rangkaian Produk Anda

Beg plastik stand up pouch untuk pembungkusan pelbagai produk

Beg Stand Up Pouch Custom - sesuai untuk pembungkusan produk anda. Dapatkan dari HAIN Packaging.

Terdapat pelbagai trend pembungkusan yang diguna pakai oleh ramai pemilik perniagaan. Dengan teknologi pencetakan digital, perniagaan kecil dan sederhana juga boleh bersaing dengan perusahaan besar. Tambahan pula dengan gaya hidup yang semakin sibuk, pembungkusan memainkan peranan yang amat penting. Kita perlu tarik perhatian pembeli dengan produk kita dalam masa yang singkat.

Selain itu, perkembangan “online shopping” juga mempengaruhi pelbagai trend pembungkusan. Setiap produk boleh menarik perhatian pembeli dengan pembungkusan yang nampak lebih profesional dan kemas. Selain melindungi kualiti produk, sesuatu pembungkusan boleh menaikkan lagi jenama anda di pasaran.

trend pembungkusan
Plastik aiskrim menonjolkan ilustrasi produk

Banyak jenis trend pembungkusan yang sudah wujud dan juga diguna pakai semula dewasa ini. Anda mungkin pengusaha makanan mencari plastik bungkus kurma unik. Mungkin anda peniaga produk berkebun dan mahukan plastik bungkus tanah rekaan tersendiri. Atau mungkin anda pemilik butik yang inginkan plastik tudung jenama sendiri.

Apa saja produk anda, ini antara trend pembungkusan yang anda boleh cuba untuk rangkaian produk anda seterusnya.

Penggunaan Kod QR

Antara trend pembungkusan yang semakin popular dalam kalangan pemilik perniagaan ialah penggunaan kod QR. Kod QR dilampirkan pada setiap pembungkusan, dan disini terdapat sekurang-kurangnya dua fungsi: mampu menambah baik pembungkusan dan boleh mendorong interaksi antara pembeli dan peniaga.

Pembungkusan Mesra Alam

Selain itu, anda sebagai pemilik bisnes boleh gunakan pembungkusan anda sebagai cara menggalakkan kelestarian alam sekitar. Trend pembungkusan ini kerap diguna pakai terutamanya untuk produk makanan. Selain penggunaan material mesra alam, anda juga boleh nyatakan samada packaging anda boleh digunakan semula atau dikitar semula. Ini juga dapat membantu memupuk kelestarian alam sambil meningkatkan lagi jenama anda di pasaran.

Fokus Utama Produk

trend pembungkusan
“Maskot” pisang untuk produk kerepek pisang

Antara fungsi pembungkusan yang membantu usahawan adalah menonjolkan produk di pasaran dan memberitahu apa jenis produk yang dijual. Trend pembungkusan yang popular masa kini terutama untuk produk makanan adalah melalui reka ilustrasi ramuan atau perisa. Selalu direka dengan gambaran berwarna-warni dan menyerlah. Malah ia memberikan penampilan menyeronokkan sambil memberitahu apa sebenarnya produk anda.

Rekabentuk Retro

Disamping itu, rekabentuk atau desain retro juga menjadi trend untuk pembungkusan pelbagai produk. Ramai antara kita masih menyukai pembungkusan produk dari zaman sebelumnya. Tambahan pula, konsep yang pernah menjadi popular di zaman 90an atau 80an juga boleh menarik minat pembeli di luar. Sesuai dijadikan pembungkusan terhad untuk produk istimewa.

Tingkatkan Jenama Produk dengan Trend Pembungkusan Unik

Ringkasnya, pemilik bisnes dan pengusaha boleh meningkatkan lagi mutu pembungkusan dengan trend yang unik dan menarik perhatian. Bukan saja dapat menambah baik imej jenama dan mengekalkan kualiti produk, malah kepuasan hati pembeli juga bertambah. Trend ini juga boleh menarik lebih ramai lagi pembeli berpotensi.

Di HAIN® Packaging, kami sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan packaging berkualiti tinggi. Kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan di Malaysia.

Anda boleh hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

HAIN® Packaging Kuala Lumpur

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected] beg plastik ziplock kilang plastik jenis plastik Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari Food Packaging Forum, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk. beg stand up pouch

Soalan Lazim

1. Apakah jenis plastik yang sesuai untuk pembungkusan makanan?

Untuk pembungkusan makanan, plastik PE (Polyethylene) dan PP (Polypropylene) adalah pilihan terbaik kerana ia selamat, tahan air, dan memenuhi standard food-grade. PE lebih lentur manakala PP lebih tegap dan jernih.

2. Apakah minimum order quantity (MOQ) untuk 4 Trend Pembungkusan yang Unik untuk Rangkaian Produk Anda?

MOQ kami bermula dari 5,000 unit bergantung kepada jenis dan saiz pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan maklumat terperinci tentang pesanan anda.

3. Bolehkah 4 Trend Pembungkusan yang Unik untuk Rangkaian Produk Anda dicustom mengikut keperluan bisnes?

Ya, kami menyediakan perkhidmatan custom printing dan saiz mengikut keperluan pelanggan. Anda boleh memilih material, saiz, ketebalan, dan reka bentuk yang sesuai dengan produk anda.

4. Bagaimana cara membuat pesanan 4 Trend Pembungkusan yang Unik untuk Rangkaian Produk Anda?

Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, e-mel, atau borang di laman web kami. Pasukan kami akan membantu anda dari pemilihan produk sehingga penghantaran.

5. Adakah 4 Trend Pembungkusan yang Unik untuk Rangkaian Produk Anda selamat untuk kegunaan makanan?

Ya, semua produk pembungkusan makanan kami mematuhi standard food-grade dan selamat untuk bersentuhan langsung dengan makanan. Kami menggunakan material yang telah disahkan oleh SIRIM dan badan keselamatan makanan.

//
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?