
Tempahan Plastik Bag Bercetak – Custom Beg Plastik Dengan Logo
Disember 20, 2022
Produk Lebih Maju dengan Pembekal Plastik Aiskrim Malaysia Terbaik
Disember 20, 2022HAIN® Packaging adalah pembekal dan pencetak plastik bungkus ayam dan makanan frozen. Kami menyediakan khidmat untuk pelbagai jenis pembungkusan makanan untuk bermacam produk dan industri. Antaranya ialah pembungkusan makanan berlamina, plastik bungkus makanan frozen, dan plastik kemasan pelbagai saiz. Semua akan mengikut kemahuan dan imej jenama anda. Perusahaan kami terletak di Lembah Klang, dan kami bertekad untuk menjadi antara pesaing utama dalam industri kilang pembungkusan frozen food di Malaysia.

Kami menawarkan pilihan pembungkusan jenama dan rekaan sendiri yang meluas, sesuai untuk keperluan produk anda. Ini termasuk beg plastik PE bermutu tinggi dan plastik pembungkus kemasan tutup tengah (center seal bag). Kilen kami boleh menempah mengikut citarasa dan imej jenama dan perusahan mereka.
Pilihan Plastik Bungkus Ayam Tersendiri
Rangkaian plastik bungkus ayam dan bungkusan frozen kami boleh menampung pelbagai jenis produk ayam. Ini termasuk produk ayam seekor atau bahagian-bahagian ayam seperti paha dan kepak. Bungkusan plastik kami juga sesuai untuk ayam segar ataupun ayam frozen. Selalunya, jenis pembungkusan untuk produk ini adalah plastik bungkusan jenis PE atau pembungkusan center seal.
- Plastik PE Berpatutan dan Minimalis
- Plastik bungkus ayam jenis plastik PE boleh direka dengan bentuk ringkas seperti kantung plastik ataupun beg kukuh. Diperbuat daripada filem berketumpatan tinggi, ia tidak mudah koyak dan tahan lasak daripada sebarang tusukan. Materialnya ringan tapi kukuh, dan mampu menampung berat produk ayam anda, terutamanya ayam yang dijual seekor. Walaupun ringkas, anda masih boleh menampilkan imej jenama anda dengan cetakan minimum. Ini sekaligus menjadikan penyelesaian menjimatkan kos.
- Center Seal Bag untuk Penjenamaan Menyeluruh – Packaging Ayam Perap
- Dalam masa yang sama, anda juga boleh membawa produk anda lebih jauh dengan plastik bungkus ayam yang lebih premium. Pembungkusan jenis center seal bag mempunyai tepian bergerigi, menjadikan bungkusan lebih mudah dibuka dan digunakan. Tambahan pula, campuran lapisan filem yang berbeza dapat mengekalkan kualiti produk ayam anda dan tahan lebih lama. Selain itu, ia datang dalam bentuk seakan bantal, dan mempunyai kemasan tutup atas, bawah dan tengah. Ciri inilah yang boleh menampilkan rupa bentuk, warna menarik, dan gambaran visual jenama anda dengan menyeluruh.
Banyak syarikat mungkin tidak tahu cara pembungkusan makanan sejuk beku yang baik. Bungkusan produk mereka mungkin tidak sekemas dan secantik yang diinginkan kerana mahu menjimat kos. Sebab itulah pembungkusan plastik yang betul adalah penting bagi menonjolkan produk yang dibanggakan, dan sekaligus memajukan jenama produk dan hasil jualan anda.

Penyelesaian Pembungkusan Makanan yang Ideal
Sebagai pembekal dan pencetak plastik bungkus ayam di Malaysia, kami faham kepentingan pembungkusan yang menarik dan praktikal. Ini demi memastikan produk anda dikenali ramai di pasaran besar. Di HAIN® Packaging, kami menyediakan pelbagai rangkaian bungkusan plastik, dan pelanggan boleh tempah mengikut kesesuaian dan jenis produk.
Jika anda masih tidak pasti jenis plastik bungkus ayam yang sesuai, jangan risau. Anda boleh hubungi kami untuk khidmat rundingan dan tempahan cetakan. Kongsikan idea pembungkusan anda dengan wakil jualan kami dan kami akan sedia membantu.
HAIN® Packaging
No. B-6-3A, Streetmall, One South, Jalan OS,
Taman Serdang Perdana, Section 6 Seri Kembangan
43300 Selangor Darul Ehsan
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected] beg plastik bercetak beg ziplock kedai plastik Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk.
Soalan Lazim
1. Apakah jenis plastik yang sesuai untuk pembungkusan makanan?
Untuk pembungkusan makanan, plastik PE (Polyethylene) dan PP (Polypropylene) adalah pilihan terbaik kerana ia selamat, tahan air, dan memenuhi standard food-grade. PE lebih lentur manakala PP lebih tegap dan jernih.
2. Apakah minimum order quantity (MOQ) untuk Pelanggan Ramai dan Jualan Meningkat dengan Plastik Bungk…?
MOQ kami bermula dari 5,000 unit bergantung kepada jenis dan saiz pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan maklumat terperinci tentang pesanan anda.
3. Bolehkah Pelanggan Ramai dan Jualan Meningkat dengan Plastik Bungk… dicustom mengikut keperluan bisnes?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan custom printing dan saiz mengikut keperluan pelanggan. Anda boleh memilih material, saiz, ketebalan, dan reka bentuk yang sesuai dengan produk anda.
4. Bagaimana cara membuat pesanan Pelanggan Ramai dan Jualan Meningkat dengan Plastik Bungk…?
Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, e-mel, atau borang di laman web kami. Pasukan kami akan membantu anda dari pemilihan produk sehingga penghantaran.
5. Adakah Pelanggan Ramai dan Jualan Meningkat dengan Plastik Bungk… selamat untuk kegunaan makanan?
Ya, semua produk pembungkusan makanan kami mematuhi standard food-grade dan selamat untuk bersentuhan langsung dengan makanan. Kami menggunakan material yang telah disahkan oleh SIRIM dan badan keselamatan makanan.



