Dokumen Kekal Selamat dengan Sampul Peperiksaan Kukuh

plastik bungkus tudung
Serlahkan Rangkaian Tudung Anda dengan Plastik Ziplock Tudung Custom
November 23, 2022
Slider Top Ziplock
Rangkaian Fesyen Lebih Bergaya dengan Plastik Ziplock Baju Menarik
December 2, 2022
plastik bungkus tudung
Serlahkan Rangkaian Tudung Anda dengan Plastik Ziplock Tudung Custom
November 23, 2022
Slider Top Ziplock
Rangkaian Fesyen Lebih Bergaya dengan Plastik Ziplock Baju Menarik
December 2, 2022

Dokumen Kekal Selamat dengan Sampul Peperiksaan Kukuh

HAIN® Packaging adalah pencetak dan pembekal sampul peperiksaan dan sampul keselamatan dokumen. Kami menyediakan khidmat mencetak sampul keselamatan peperiksaan mengikut keperluan dan jenis dokumen. Perkhidmatan kami terletak di Kuala Lumpur, dan kami bertekad untuk menjadi antara pesaing utama dalam industri pembekalan pembungkusan plastik di Malaysia. Kami menyediakan pelbagai pilihan sampul keselamatan berkualiti, kukuh dan tahan lasak. Pelanggan boleh tempah mengikut keperluan dan aspek keselamatan yang diingini.

sampul peperiksaan
sampul peperiksaan

Di HAIN® Packaging, kami memahami kepentingan aspek keselamatan tertinggi melibatkan sebarang dokumen penting, samada untuk badan kerajaan ataupun korporat. Kami menggunakan kepakaran pembungkusan dan cetakan kami demi memberikan khidmat yang terbaik pada semua klien di seluruh Malaysia. Jika anda tidak pasti jenis sampul keselamatan yang sesuai bagi penggunaan dokumen sulit, jangan risau. Anda boleh hubungi kami untuk khidmat rundingan dan tempahan cetakan.

Sampul Peperiksaan Kukuh

Sampul peperiksaan, atau sampul keselamatan peperiksaan digunakan untuk tujuan pengedaran dengan selamat. Kebiasaanya, sampul jenis ini dibuat menggunakan plastik jenis polietilena (PE). Kemasan plastik jenis PE ini adalah ringan dan senang dibawa. Disamping itu, ciri-ciri keselamatan sampul ini terletak pada kemasan bertutup. Ada sampul memiliki kemasan bertutup kekal, manakala ada yang mempunyai pita keselamatan atau void tape. Apa-apa cubaan membuka atau koyakan dapat dikesan pada sampul jenis ini.

sampul keselamatan peperiksaan
sampul keselamatan peperiksaan

Badan peperiksaan selalunya menggunakan sampul ini untuk menyimpan skema soalan dan jawapan dengan selamat dan rapi. Ini untuk mengelakkan sebarang kebocoran maklumat dan mengelakkan isu “soalan bocor”. Selain badan peperiksaan, badan kerajaan lain juga menggunakan kemasan jenis ini. Selalunya, sampul keselamatan ini diguna pakai untuk pemyimpanan dan pengedaran dokumen rahsia atau sulit. Tambahan juga, penggunaan sampul keselamatan ini juga penting buat kebanyakan badan korporat.

Kelebihan Keselamatan

Terdapat banyak kelebihan menggunakan sampul keselamatan dokumen ini. Antaranya, rekaan sampul keselamatan yang kukuh dan selamat. Ini bertujuan demi mengelakkan sebarang kebocoran (tampering) skrip peperiksaan atau kertas jawapan. Ada jenis sampul yang direka dengan nombor pengesanan untuk tujuan kawalan lebih rapi. Tambahan pula, sampul keselamatan peperiksaan ini ada poket tambahan untuk peyimpanan dokumen.

Selain daripada itu, pembungkusan ini mempunyai lapisan kedap kekal atau tertutup untuk simpanan dokumen yang kukuh. Sampul keselamatan ini juga tahan lasak, dan tahan suhu rendah yang mendadak. Ia regang, tidak mudah koyak dan senang dikenal pasti jika ada cubaan membuka atau mengoyak semasa proses pengedaran.

sampul keselamatan peperiksaan
sampul keselamatan peperiksaan

Disamping itu, sampul keselamatan ini bermanfaat dimana ia menjamin keselamatan dokumen dan apa-apa surat penting. Ini lebih-lebih lagi jika dokumen tersebut perlu diedar ke negeri lain melalui pneghantaran udara. Sampul jenis ini mengurangkan risiko kerosakan, justeru meningkatkan keyakinan klien tentang jaminan keselamatan. Oleh sebab itu, penggunaan beg ini dapat membantu pengedaran maklumat dan skrip peperiksaan dengan terjamin dan selamat, tanpa risiko kerosakan atau kebocoran maklumat.

Pembungkusan Dokumen Rapi

Kami di HAIN® Packaging berusaha untuk menyediakan khidmat cetakan dan penghasilan beg plastik yang berkualiti demi membantu penyimpanan dan pengedaran maklumat dan kertas soalan peperiksaan dengan kawalan rapi. Jangan risau jika anda masih tidak pasti jenis sampul keselamatan yang sesuai untuk dokumen persuratan anda. Hubungi kami melalui telefon, emel atau Whatsapp, dan kami sedia membantu untuk khidmat rundingan dan penempahan cetakan.

HAIN® Packaging

No. B-6-3A, Streetmall, One South, Jalan OS,
Taman Serdang Perdana, Section 6 Seri Kembangan
43300 Selangor Darul Ehsan
Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected]