Pembeli Bertambah dengan Pelbagai Jenis Pembungkusan Makanan Unik

laminate plastik makanan
Tonjolkan Produk dengan Plastik Cetakan Kilang Terbaik Kuala Lumpur
June 1, 2022
Stand-up Pouch Bag Packaging
Stand Up Pouch Bag Packaging Supplier Malaysia Berdiri Terkemuka
June 28, 2022
laminate plastik makanan
Tonjolkan Produk dengan Plastik Cetakan Kilang Terbaik Kuala Lumpur
June 1, 2022
Stand-up Pouch Bag Packaging
Stand Up Pouch Bag Packaging Supplier Malaysia Berdiri Terkemuka
June 28, 2022

Pembeli Bertambah dengan Pelbagai Jenis Pembungkusan Makanan Unik

Dalam pelbagai jenis perusahaan makanan, pembungkusan plastik amatlah penting. Ini demi memastikan kualiti produk terjamin dan penampilan yang menarik. Ia juga berfungsi untuk memelihara kualiti produk makanan sebelum ia sampai ke pasaran. Bukan itu saja, pembungkusan yang baik dapat dijadikan “iklan” untuk memasarkan jenama anda.

Pembungkusan Plastik untuk Pelbagai Jenis Makanan

Pelbagai jenis pembungkusan plastik boleh digunakan bergantung pada jenis produk makanan. Kebanyakannya diperbuat daripada material yang kukuh, ringan dan senang dibuka semula. Para pemilik bisnes makanan boleh pilih antara rangkaian pembungkusan yang sesuai mengikut jenama dan produk.

Frozen Food Packaging - Cara Pembungkusan Makanan Sejuk Beku
Frozen Food Packaging – Jenis Jenis Pembungkusan Makanan

Stand-Up Pouch

Antara pembungkus plastik makanan yang paling popular. Ada dua kemasan tutup tambahan yang biasa digunakan iaitu jenis plastik ziplock makanan dan jenis tutup bermuncung (spout). Plastik ini menggunakan material jenis PE yang dijamin selamat untuk makanan. Oleh sebab ia boleh berdiri sendiri, seperti namanya, pembungkusan ini juga tidak mengambil banyak ruang simpan.

Anda juga boleh memilih untuk tambahkan plastik lutsinar sebagai “tingkap”. Ini memudahkan pembeli untuk tengok produk makanan anda. Sekaligus, keyakinan mereka tentang produk anda bertambah. Pembungkus ini sangat sesuai untuk makanan seperti biskut, kopi dan teh, buah kering dan bahan masakan.

Center Seal Bag

Satu lagi pilihan popular bila bercakap tentang jenis pembungkusan makanan. Pembungkusan berbentuk seakan bantal ini memberikan anda lebih ruang untuk desain menyeluruh. Reka bentuk ringkas dengan logo jenama atau serlahkan jenama produk dengan desain yang menonjol.

Selain itu, pembungkus ini ada hujung bergerigi untuk senang dibuka. Material digunakan agak ringan, tapi kukuh dan tahan wap serta dapat melindungi makanan dari rosak. Ramai pengusaha gunakan pembungkusan ini untuk cetak plastik frozen food atau makanan sejuk beku. Selain itu, produk seperti roti dan kek juga menggunakan center seal bag ini.

Plastik OPP

Plastik OPP sangat berguna dan adalah salah satu cara pembungkusan makanan yang efisien. Pembungkusan ini juga digunakan oleh pemilik bakeri dan perniagaan roti. Plastik ini mempunyai pita pelekat sendiri yang senang ditutup kemas untuk mengelakkan bendasing luar dari masuk ke dalam.

Anda boleh cetak logo anda pada plastik ni dan tonjolkan lagi jenama anda di pasaran. Pembeli senang melihat proudk yang jelas kelihatan, dan memudahkan mereka membuat keputusan sambil membeli belah.

print plastik murah
pembungkus plastik makanan

Three Side Seal

Ini juga antara jenis penyelesaian pembungkusan makanan yang jimat kos. Fungsi kedap 3 penjuru memudahkan pembungkusan produk. Ia juga mudah disimpan dalam ruang penyimpanan tambahan. Untuk perlindungan tambahan, kemasan ziplock juga boleh ditambah.

Flat-Bottom Pouch

Pembungkusan jenis plastik ini mempunyai “side gusset” di sisi yang boleh bantu menampung lebih banyak produk makanan. Dengan dasar beg yang rata, ia boleh “berdiri sendiri” dan senang dipamerkan atas rak. Beg ini juga boleh datang dengan kedap tutup ziplock untuk perlindungan tambahan.

Pilih Pembungkusan Makanan Sesuai dengan Kami

Kami di HAIN® Packaging boleh membantu anda meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan plastik makanan berkualiti tinggi. Selama lebih daripada 10 tahun, kami adalah antara pembekal dan kilang pembungkusan makanan jenis plastik yang diyakini di Malaysia.

Kami menawarkan kepada semua pemilik bisnes yang memerlukan khidmat kami dengan pelbagai pilihan pembungkusan dan beg plastik. Kesemuanya boleh disesuaikan dengan citarasa dan imej jenama anda, serta jenis produk anda.

Jika anda pemilik perniagaan mencari pembekal dan kilang pencetak pembungkusan yang berpengalaman di Malaysia, kami sedia membantu anda. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.

Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected]