
Perniagaan Maju, Jenama Lebih Terkenal dengan Plastik Logo Sendiri
Februari 7, 2023
Produk Makanan Kekal Segar dengan Plastik Bungkus Tahan Panas
Februari 10, 2023HAIN® Packaging telah berpengalaman membekal dan mencetak plastik bungkus untuk pelbagai jenis produk, termasuk produk baja dan tanah. Kami faham kepentingan pembungkusan yang menarik dan praktikal demi memastikan produk anda dikenali ramai. Demi menjimatkan masa anda, kami bersedia membantu dalam memilih pembungkusan yang sesuai untuk produk tanah anda.
Rangkaian Plastik Bungkus Tanah
Dengan peningkatan trend berkebun di Malaysia, ternyata permintaan produk tanaman dan alat berkebun semakin meningkat. Adalah penting untuk memastikan produk tanah dipasarkan dengan plastik bungkus yang sesuai dengan jenis produk dan imej jenama.
Di HAIN® Packaging, kami ada pelbagai rangkaian pembungkusan untuk produk tanah. Antara rangkaian yang kerap menjadi pilihan untuk cetakan plastik custom ialah:
- beg plastik ziplock,
- stand-up pouch,
- center seal bag,
- 3 side seal bag, dan
- 8 edge seal flat-bottom bag

Kenapa Tempah Khas Pembungkusan Lebih Baik?
Pembungkusan adalah aspek penting dalam sesuatu produk; itulah perkara pertama yang pembeli akan lihat terlebih dahulu. Ini antara kelebihan plastik bungkus tanah cetakan khas dengan jenama anda tersendiri.
Penyelesaian Jimat Kos
Ramai pembekal dan pengusaha memilih plastik sebagai bahan bungkus produk tanah mereka. Kebanyakannya dibuat dengan campuran plastik dan bahan berlamina yang lain, dan ia tahan lasak tapi masih berpatutan. Justeru, ini adalah penyelesaian kos yang berkesan dan anda boleh fokus pada penjenamaan anda dengan lebih efektif.
Kukuh dan Tahan Lasak
Selain itu, ciri-ciri keselamatan dan tahan lasak ada pada plastik bungkus tanah. Jenis plastik yang kerap digunakan untuk pembungkusan selalunya dibuat daripada bahan plastik yang tidak mudah koyak. Tambahan pula, ia dapat mengekalkan kualiti dan jangka hayat produk dengan kemasan ziplock rapi. Produk kekal selamat, dan boleh digunakan sepenuhnya.

Jenama Senang Dikenali
Disamping itu, anda dapat ketengahkan jenama produk tanah anda dengan plastik bungkus bercetak anda tersendiri. Anda boleh pilih rekabentuk dengan jenis plastik lutsinar yang memudahkan produk anda senang dilihat oleh pelanggan. Anda juga boleh pilih rekaan berwarna yang terang dan menarik perhatian pelanggan.
Tambahan pula, anda juga boleh menambah baik produk anda dengan promosi lebih baik. Kemasan yang termasuk dengan arahan penggunaan atau maklumat produk yang jelas dan senang dibaca juga dapat menarik perhatian dan keyakinan pelanggan. Justeru, ini juga dapat menambahbaik pengalaman beli belah pelanggan.
Ruang Pengiklanan Bijak
Pembungkusan jenis ini juga dapat meningkatkan peluang pasaran dan pengiklanan. Caranya senang; contohnya, pembungkusan jenis standing pouch custom selalu memiliki kemasan berkilat. Ciri ini boleh menarik perhatian pembeli di pasaran. Jadi, sudah tentu kita akan menggunakan rekaan bungkusan yang menyerlah dan memikat. Dengan secara tak langsung, jenama anda sudah pun diiklankan.

Rakan Pencetak Plastik yang Diyakini
Ringkasnya, anda sebagai pemilik bisnes produk tanaman boleh pergi lebih maju dengan plastik bungkus produk tanah yang menyerlah dan memikat pembeli. Di HAIN® Packaging, kami komited untuk mengekalkan kualiti kerja kami sebagai salah satu pembekal dan pencetak plastik yang diyakini di Malaysia.
Kami menawarkan perkhidmatan tempah plastik bercetak dengan reka bentuk pilihan bersesuaian dengan produk. Selain pembungkusan tanah, kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan.
Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected] beg berzip pembekal pembungkusan jenis plastik Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari Food Packaging Forum, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk.
Soalan Lazim
1. Apakah jenis plastik yang sesuai untuk pembungkusan makanan?
Untuk pembungkusan makanan, plastik PE (Polyethylene) dan PP (Polypropylene) adalah pilihan terbaik kerana ia selamat, tahan air, dan memenuhi standard food-grade. PE lebih lentur manakala PP lebih tegap dan jernih.
2. Apakah minimum order quantity (MOQ) untuk Plastik Bungkus Tanah Unik, Jenama Lebih Menyerlah di Pas…?
MOQ kami bermula dari 5,000 unit bergantung kepada jenis dan saiz pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan maklumat terperinci tentang pesanan anda.
3. Bolehkah Plastik Bungkus Tanah Unik, Jenama Lebih Menyerlah di Pas… dicustom mengikut keperluan bisnes?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan custom printing dan saiz mengikut keperluan pelanggan. Anda boleh memilih material, saiz, ketebalan, dan reka bentuk yang sesuai dengan produk anda.
4. Bagaimana cara membuat pesanan Plastik Bungkus Tanah Unik, Jenama Lebih Menyerlah di Pas…?
Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, e-mel, atau borang di laman web kami. Pasukan kami akan membantu anda dari pemilihan produk sehingga penghantaran.
5. Adakah Plastik Bungkus Tanah Unik, Jenama Lebih Menyerlah di Pas… selamat untuk kegunaan makanan?
Ya, semua produk pembungkusan makanan kami mematuhi standard food-grade dan selamat untuk bersentuhan langsung dengan makanan. Kami menggunakan material yang telah disahkan oleh SIRIM dan badan keselamatan makanan.




