Perkara Perlu Tahu Di Kedai Pemborong Plastik | HAIN® Packaging

Bagaimana Beg Lutsinar Boleh Bantu Usahawan dan Majukan Perniagaan
August 18, 2021
Kedai Plastik Kuala Lumpur – Pelbagai Pilihan Plastik Berkualiti
August 18, 2021
Bagaimana Beg Lutsinar Boleh Bantu Usahawan dan Majukan Perniagaan
August 18, 2021
Kedai Plastik Kuala Lumpur – Pelbagai Pilihan Plastik Berkualiti
August 18, 2021

Perkara Perlu Tahu Di Kedai Pemborong Plastik | HAIN® Packaging

Kini terdapat banyak kedai pemborong plastik yang menawarkan pelbagai jenis bungkusan dan beg plastik. Untuk kegunaan pelbagai pihak lagi-lagi untuk anda yang mempunyai bisnes sendiri. Proses mendapatkan bungkusan dan beg plastik ini semestinya boleh memeningkan kepala anda lagi-lagi sekiranya anda memerlukan produk plastik ini dalam kuantiti yang banyak.

Banyak perkara yang perlu anda fikirkan seperti jenis pembungkusan plastik, adakah produk pembungkusan ini akan sesuai untuk kegunaan anda. Harganya pula bagaimana dan kualitinya adakah setanding dengan harga yang anda bayar.

Jadi kami akan kumpulkan beberapa tips dan perkara ynag anda tahu sekiranya anda ingin membuat pembelian borong produk-produk plastik di kedai pemborong plastik supaya anda mendapatkan apa yang anda ingin dengan harga yang terbaik.

Kedai Pemborong Plastik
Kedai Pemborong Plastik

Tips 1: Ketahui jenis bahan plastik yang anda inginkan

Ini adalah perkara yang paling asas untuk anda tahu sebelum anda pergi ke kedai pemborong plastik. Walaupun namanya beg plastik, tetapi sebenarnya terdapat pelbagai bahan yang berlainan yang digunakan untuk menghasilkan bungkusan plastik. Semuanya bergantung kepada jenis bungkusan plastik yang anda inginkan. Ada bahan plastik yangs esuai digunakan untuk kegunaan umum seperti pembungkusan produk atau dijadikan beg plastik untuk pelbagai jenis barangan. Terdapat juga beg plastik yang sememangnya direka khas untuk dijadikan lebih tahan lasak dan lebih tinggi tahap ketahannya. Ada juga bungkusan plastik yang mempunyai pelbagai kelebihan lain yang anda boleh pilih seperti mempunyai bahan pelekat atau ziplock.

Semua bungkusan plastik yang anda inginkan ini sebenarnya mempunyai satu perbezaan ketara iaitu bahan utama untuk membuatnya. Secara umum, ini adalah bahan-bahan yang selalu digunakan untuk membuat beg plastik yang anda boleh dapati di kedai pemborong plastik ialah Low-density Polyethylene (LDPE), High-density Polyethylene Polytylene (HDPE) dan Oriented Polyproplyne (OPP). Selalunya, Low-density Polyethylene (LDPE) dan High-density Polyethylene Polytylene (HDPE) digunakan untuk beg plastik biasa yang selau digunakan di pusat membeli belah dan kedai-ledai runcit. Manakala, beg plastik daripada bahan Oriented Polyproplyne (OPP) pula selalunya digunakan untuk beg plastik kurier dan pembungkus makanan (laminated food packaging).

Lawati laman web kami untuk maklumat lanjut: https://my.logosendiri.com

Tips 2: Dimensi beg plastik di kedai pemborong plastik

Perkara kedua yang anda perlu ambil kira ketika pergi ke kedai pemborong plastik atau apabila bertanyakan quotation daripada mereka ialah dimensi beg plastik yang anda inginkan. Ada sesetengah produk mempunyai dimensi atau saiz yang sudah ditetapkan lebih awal. Ada juga pilihan yang sudah ditetpakan mengikut saiz S, M, L atau X. Sebahagian besar produk juga boleh dibuat mengikut permintaan anda dan saiznya boleh di buat secara custom made.

Masing-masing mempunyai kelebihan sendiri. Untuk memudahkan anda, anda boeh mula memilih beg plastik di kedai pemborong ini dalam kalangan pilihan saiz yang sudah ditetapkan seperti S, M, L atau XL. Sekiranya anda memerlukan bungkusan plastik yang lebih besar atau memerlukan saiz yang lain, anda juga boleh menunjukkan produk anda kepada kedai pemborong plastik ini supaya mereka lebih mudah untuk membantu anda dalam membuat pilihan.

HAIN Packaging

Tips 3: Borong beg plastik yang boleh di custom made

Sekiranya anda seorang yang betul-betul komited dalam membangunkan jenama dan branding anda sendiri, semestinya anda lebih suka bungkusan plastik yang turut juga boleh menonjolkan jenama ini. Ada sestengah kedai pemborong plastik tidak boleh melakukan servis custom made ini, jadi semestinya untuk tujuan ini adalah lebih baik anda pergi ke kedai pemborong plastik yang boleh mengeluarkan beg plastik yang boleh di custom made ini dalam kuantiti pukal.

Selain itu, satu perkara lain yang anda turut perlu ambil kira semasa membuat pilihan sekiranya anda memerlukan servis printing atau cetakan di atas produk pembungkusan plastik ini. Perkara ini amatlah penting kerana anda pasti kecewa sekiranya anda sudah mempunyai design atau rekaan bungkusan yang sangat menarik tetapi apabila anda pergi ke kedai pemborong ini nanti, design anda tidak boleh dihasilkan pula. Perkara ini ialah keupayaan percetakan kedai tersebut untuk mencetak berapa jenis warna. Ada sesetengah kedai hanya boleh mencetak dengan pilihan 8 warna sahaja atau 10 pilihan warna sahaja. Ada juga yang lebih fleksibel dan pastinya mempunyai pilihan yang lebih banyak dengan pilihan sebanyak 16 warna!
Jadi, tepuk dada dan tanya lah selera anda. Kami harapkan tiga tips ini dapat membantu anda dalam membuat pilihan sebelum memilih kedai pemborong plastik yang terbaik. Pembekal ini untuk membekalkan anda beg bungkusan plastik dalam kuantiti yang banyak serta berkualiti tinggi.

Kedai Pemborong Plastik
Pemborong Plastik

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang HAIN® Packaging

Apabila mencari solusi pembungkusan plastik berkualiti tinggi, Kedai Pemborong Plastik HAIN® Packaging adalah pilihan yang tepat. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui tentang kedai pemborong plastik ini.

  1. Pelbagai Jenis Plastik Berkualiti Tinggi:
    HAIN® Packaging menawarkan pelbagai jenis plastik berkualiti tinggi untuk keperluan pembungkusan anda. Ini termasuk plastik pembungkusan, beg plastik, bungkusan makanan, dan banyak lagi. Anda boleh yakin dengan kualiti produk mereka yang menepati standard industri.
  2. Pilihan Saiz dan Reka Bentuk:
    Kedai Pemborong Plastik HAIN® Packaging memahami kepelbagaian keperluan pelanggan. Oleh itu, mereka menawarkan pelbagai saiz dan reka bentuk untuk memastikan setiap pelanggan mendapat pilihan yang sesuai untuk produk mereka.
  3. Inovasi dan Teknologi:
    HAIN® Packaging sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam industri pembungkusan. Mereka menggunakan teknologi moden dan inovasi untuk memastikan produk mereka terus relevan dan berkualiti tinggi.
  4. Komitmen kepada Alam Sekitar:
    Sebagai langkah menuju kelestarian alam sekitar, HAIN® Packaging mengambil inisiatif untuk menghasilkan produk plastik mesra alam. Ini termasuk plastik boleh kitar semula dan bahan ramah alam.
  5. Khidmat Pelanggan Profesional:
    Kedai Pemborong Plastik HAIN® Packaging bangga dengan khidmat pelanggan yang cekap dan profesional. Pasukan mereka sedia membantu anda dengan pertanyaan anda dan memberikan nasihat terbaik berkaitan pembungkusan plastik.
  6. Penghantaran Pantas dan Bertepati:
    HAIN® Packaging memahami kepentingan penghantaran tepat pada masanya. Mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran pantas untuk memastikan produk anda sampai dengan selamat dan tepat pada masanya.

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kedai Pemborong Plastik | HAIN® Packaging

Dengan penekanan pada kualiti produk, pelbagai pilihan, inovasi, dan komitmen kepada alam sekitar, Kedai Pemborong Plastik HAIN® Packaging adalah rakan yang dapat dipercayai untuk keperluan pembungkusan plastik anda. Sama ada untuk perniagaan kecil atau besar, mereka mempunyai penyelesaian pembungkusan yang sesuai untuk anda. Jangan ragu untuk menghubungi mereka untuk maklumat lanjut atau pesanan anda.

HAIN® Packaging adalah pembekal, kilang dan kedai cetak plastik murah yang berpengalaman dan dipercayai di Malaysia. Kami menggunakan pengalaman dan kepakaran plastik bungkusan kami untuk menyediakan cetak plastic jenama sendiri dan perkhidmatan beg pembungkusan berkualiti tinggi dan kompetitif kepada pelanggan kami di seluruh Malaysia. Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.

HAIN® Packaging

No. B-6-3A, Streetmall, One South, Jalan OS,
Taman Serdang Perdana, Section 6 Seri Kembangan
43300 Selangor Darul Ehsan
Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected]