Berikan Kelainan Istimewa untuk Plastik Bungkus Jenama Roti Anda

Gambar pembungkusan 3523005-01 untuk rujukan

MOQ dan Kepentingannya dalam Tempahan Khas Plastik Bungkusan

Februari 28, 2023
Pembungkusan Makanan Berlaminasi

5 Cara Plastik Bungkus Boleh Jimatkan Wang dan Naikkan Jenama Anda

Mac 1, 2023
Gambar pembungkusan 3523005-01 untuk rujukan

MOQ dan Kepentingannya dalam Tempahan Khas Plastik Bungkusan

Februari 28, 2023
Pembungkusan Makanan Berlaminasi

5 Cara Plastik Bungkus Boleh Jimatkan Wang dan Naikkan Jenama Anda

Mac 1, 2023

Berikan Kelainan Istimewa untuk Plastik Bungkus Jenama Roti Anda

Beg OPP plastik lutsinar dengan pelekat untuk pembungkusan runcit

Beg OPP Lutsinar Self-Adhesive - sesuai untuk pembungkusan produk anda. Dapatkan dari HAIN Packaging.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita melihat roti kegemaran kita dalam plastik bungkus di pasaran, dan juga dalam pembungkusan cetak istimewa. Secara am nya, setiap pembungkusan bertujuan untuk melindungi dan mengekalkan kualiti dan kesegaran roti.

Pembungkusan adalah amat penting, lebih-lebih lagi bagi setiap pengusaha perusahaan roti ataupun pemilik bakeri dan kafe. Produk roti perlu sentiasa kekal segar dan berkualiti; dari saat ia dikeluarkan daripada ketuhar hinggalah sampai ke pasaran umum untuk semua pembeli.

plastik bungkus roti
OPP Plastic Bag – Plastik Bungkus Roti

Sebagai pemilik bisnes, anda bernasib baik: disini, anda ada bermacam jenis cara untuk menyerlahkan lagi produk anda. Malah, plastik bungkus biasa bukanlah satu-satunya pilihan yang ada untuk roti anda. Inilah kelebihan pembungkusan fleksibel (flexible packaging), dimana semua aspek rekaan ada dalam tangan anda.

Ada beberapa cara anda boleh tingkatkan lagi mutu produk dan jenama anda dengan plastik pembungkus roti yang berkualiti.

Gabungan Kertas dan Plastik

Dengan peningkatan produk roti artisanal, pembungkusan kertas dengan sisi “side gusset” makin kerap digunakan. Ada juga dengan tambahan lapisan plastik sebagai “tingkap” untuk pamerkan produk mereka dengan jelas.

Tidak kira jenis roti anda, plastik bungkus dengan gabungan kertas dan sisi “side gusset” sesuai untuk pembungkusan dan penyimpanan. Sesuai untuk pelbagai jenis roti, dan anda juga boleh tentukan saiz pembungkusan itu sendiri.

Cuba Sesuatu yang Baru untuk Roti

Mungkin pilihan ini agak baru untuk kebanyakan pemilik bakeri atau bisnes roti lain. Tetapi “flexible packaging” seperti standing pouch cetak sudah menjadi pilihan ramai dalam industri pembungkus plastik makanan. Ia diperbuat daripada gabungan lapisan plastik berlamina yang kukuh dan lebih tahan lasak.

Produk roti anda boleh memanfaatkan plastik bungkus berlamina ini. Konsep pembungkusan “stand-up pouch” roti mungkin nampak lain tapi ia juga dapat dijadikan alat “pemasaran” yang unik dan sedikit istimewa. Lagipun, bukan selalu kita nampak produk roti dibungkus dalam stand-up pouch yang senang disimpan dan digunakan.

Berikan kelainan dengan standing pouch untuk roti saiz kecil

Beg Plastik Cara Klasik yang Masih Disukai

Jika anda sukakan pembungkusan yang lebih senang dikenali, plastik bungkus roti biasa masih kekal pilihan terbaik. Pembungkusan lutsinar seperti plastik OPP roti dan plastik jenis PE adalah pilihan yang menjimatkan kos. Ia juga diperbuat daripada material yang berkualti dan mampu mengekalkan kualiti roti anda.

Anda boleh sesuaikan dengan penambahan pita pelekat sendiri (self-adhesive seal) untuk pembungkusan mudah. Tambahan pula, pembungkusan jenis center seal bag juga sesuai untuk pembeli yang sentiasa sibuk dengan rutin harian.

Kemasan Tutup Semula untuk Kepuasan Hati Pembeli

Disamping itu, plastik bungkus dengan tambahan kemasan tutup semula seperti ziplock dapat meningkatkan lagi kualiti roti. Dengan itu, pembeli tidak perlu menyimpan semula dengan cara yang merumitkan. Selain logo jenama, anda juga boleh mencetak maklumat penting seperti bahan ramuan, cara penyimpanan, dan juga cadangan resipi. Ini sekaligus mendorong kepuasan hati pembeli dan juga meningkatkan lagi jenama anda.

Cetak Plastik Bungkus Roti Anda dengan Kami

Ringkasnya, ada pelbagai cara untuk anda tingkatkan pembungkusan roti anda dengan penggunaan plastik bungkus. Anda boleh kekalkan kualiti produk anda dengan pembungkusan unik dan berkualiti sambil meningkatkan kepuasan hati pembeli baru dan sedia ada.

Selama lebih 10 tahun, HAIN® Packaging sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan pembungkusan berkualiti tinggi. Selain plastik roti, kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan.

Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

Mesij-Anda
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected] beg ziplock kedai plastik bahan plastik Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk. beg stand up pouch

Soalan Lazim

1. Apakah jenis plastik yang sesuai untuk pembungkusan makanan?

Untuk pembungkusan makanan, plastik PE (Polyethylene) dan PP (Polypropylene) adalah pilihan terbaik kerana ia selamat, tahan air, dan memenuhi standard food-grade. PE lebih lentur manakala PP lebih tegap dan jernih.

2. Apakah minimum order quantity (MOQ) untuk Berikan Kelainan Istimewa untuk Plastik Bungkus Jenama Ro…?

MOQ kami bermula dari 5,000 unit bergantung kepada jenis dan saiz pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan maklumat terperinci tentang pesanan anda.

3. Bolehkah Berikan Kelainan Istimewa untuk Plastik Bungkus Jenama Ro… dicustom mengikut keperluan bisnes?

Ya, kami menyediakan perkhidmatan custom printing dan saiz mengikut keperluan pelanggan. Anda boleh memilih material, saiz, ketebalan, dan reka bentuk yang sesuai dengan produk anda.

4. Bagaimana cara membuat pesanan Berikan Kelainan Istimewa untuk Plastik Bungkus Jenama Ro…?

Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, e-mel, atau borang di laman web kami. Pasukan kami akan membantu anda dari pemilihan produk sehingga penghantaran.

5. Adakah Berikan Kelainan Istimewa untuk Plastik Bungkus Jenama Ro… selamat untuk kegunaan makanan?

Ya, semua produk pembungkusan makanan kami mematuhi standard food-grade dan selamat untuk bersentuhan langsung dengan makanan. Kami menggunakan material yang telah disahkan oleh SIRIM dan badan keselamatan makanan.

//
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?