Pemborong Bungkusan Makanan Pilihan Anda – HAIN Packaging!

Brown Craft Paper Laminated Bag
Paper Bag Untuk Makanan Berkualiti Tinggi – HAIN Packaging
April 21, 2021
Stand Up Pouch
Plastik Zipper Makanan Berkualiti Tinggi untuk Kemasan Praktikal
April 21, 2021
Brown Craft Paper Laminated Bag
Paper Bag Untuk Makanan Berkualiti Tinggi – HAIN Packaging
April 21, 2021
Stand Up Pouch
Plastik Zipper Makanan Berkualiti Tinggi untuk Kemasan Praktikal
April 21, 2021

Pemborong Bungkusan Makanan Pilihan Anda – HAIN Packaging!

Temui pelbagai pilihan bungkusan makanan berkualiti daripada HAIN Packaging, pemborong bungkusan makanan terkemuka. Lengkapkan keperluan penyimpanan makanan anda dengan gaya dan praktikaliti. Teroka koleksi kami sekarang!

HAIN® Packaging adalah kilang dan pemborong bungkusan makanan. Menjadi pesaing utama dalam industri pembekalan pembungkusan plastik di Malaysia, syarikat kami menyediakan perkhidmatan cetak plastik dengan jenama dan size plastik pilihan anda sendiri. Berpengkalan di Kuala Lumpur, kami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh Malaysia.

plastik ziplock
plastik ziplock

Terdapat pelbagai jenis pembungkusan termasuklah plastik makanan, dengan jenama sendiri yang kami sediakan untuk tempahan. Plastik Lut Sinar boleh digunakan untuk mengisi produk seperti pakaian dan makanan. Ia memberikan lebih impak kerana pelanggan dapat melihat produk dalam pembungkusan plastik tersebut. Plastik aluminium pula digunakan dalam paket makanan seperti Stand Up Pouch, Three Side Seal dan Flat Bottom Bag. Bahan aluminium sesuai digunakan untuk mengisi produk makanan seperti kerepek dan biskut kerana kualiti dan jenis yang selemat untuk digunakan.

Bagi yang mencari pembekal dan kilang plastik makanan untuk tempahan plastik dengan jenama sendiri, anda boleh terus menghubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut. Kami menyediakan perkhidmatan tempahan dan penghantaran beg pembungkusan dengan gaya yang anda inginkan dan dengan jenama sendiri ke seluruh Malaysia.

Pemborong bungkusan makanan berkualiti dari HAIN Packaging. Terokai koleksi kami untuk keperluan penyimpanan makanan anda!

Selain kualiti yang terbaik, plastik makanan HAIN® Packaging juga memastikan setiap rekaan pembungkusan anda menepati citarasa anda dan pengguna di luar. Rekaan pembungkusan yang tampak kemas dengan jenama sendiri di atas pek pembungkusan memberikan impak keyakinan kepada jenama anda selain mampu menarik perhatian produk di atas rak jualan. Bincang rekaan beg plastik dengan wakil jualan kami untuk mendapatkan idea pembungkusan terbaik untuk produk anda.

Retort Pouch – Pemborong Bekas Makanan Plastik
Retort Pouch – pemborong bungkusan makanan

Bahan yang digunakan bagi menghasilkan pembungkus plastik makanan dengan kualiti yang baik. Selain itu juga, pembungkus dengan jenama sendiri ini mampu memberi perlindungan kepada produk dari bendasing luar dan meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelak daripada dicuri. Dengan jenama sendiri di atas plastik juga memberikan kelebihan dalam mempromosikan produk anda.

Dengan mencetak jenama sendiri pada plastik makanan, memberi banyak lagi kelebihan untuk jenama anda. Anda boleh mempromosikan produk anda secara tidak langsung. Bayangkan apabila pengguna membeli produk anda dan membawa pulang ke rumah atau ke tempat kerja, keluarga atau rakan-rakan mereka akan nampak produk anda. Dengan adanya logo sendiri di atas pembungkus plastik anda, mereka akan senang untuk ingat pada produk dan jenama anda.

5 Petua Cemerlang untuk Pengurusan Bungkusan Makanan dalam Perniagaan Anda

Sekiranya anda dalam perniagaan yang melibatkan makanan, pengurusan bungkusan makanan adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan. Bungkusan makanan bukan sahaja melindungi kualiti produk anda, tetapi juga memberi impak kepada imej perniagaan anda. Di sini, kami kongsikan 5 petua cemerlang untuk membantu anda menguruskan bungkusan makanan dengan berkesan.

  1. Pilih Bahan Berkualiti Tinggi: Pilihlah bahan bungkusan yang tahan lasak dan berkualiti tinggi. Ini adalah langkah penting dalam memastikan makanan anda kekal segar dan selamat semasa pengangkutan.
  2. Pilihan Reka Bentuk yang Menarik: Reka bentuk bungkusan anda dengan penuh kreativiti. Rekaan menarik dapat menarik perhatian pelanggan dan memberi kesan visual yang positif kepada produk anda.
  3. Kesesuaian Saiz dan Guna: Pastikan bungkusan yang dipilih sesuai dengan saiz produk dan tujuan penggunaan. Bungkusan yang terlalu besar boleh membazirkan kos, manakala bungkusan yang terlalu kecil mungkin tidak berfungsi dengan baik.
  4. Tambahkan Label dengan Jelas: Sertakan maklumat penting seperti tarikh luput, nutrisi, dan petunjuk penyimpanan pada bungkusan. Ini membantu pelanggan membuat keputusan yang lebih baik dan memberi keyakinan terhadap produk anda.
  5. Kelestarian dan Bungkusan Mesra Alam: Jika mungkin, pertimbangkanlah bungkusan yang mesra alam atau boleh dikitar semula. Kelestarian adalah faktor penting dalam pilihan pelanggan pada hari ini.
Pembungkusan Makanan Tradisional
Pembungkusan Makanan Tradisional

Dengan mengambil kira petua ini, anda boleh meningkatkan pengurusan bungkusan makanan anda dan memberikan impak positif kepada perniagaan anda secara keseluruhan. Ingatlah bahawa bungkusan makanan adalah wakil utama produk anda – buatlah ia cemerlang!

Dapatkan bungkusan makanan berkualiti dari HAIN Packaging. Terokai koleksi kami untuk keperluan penyimpanan makanan anda!

Selain mempromosi, jenama sendiri di atas plastik makanan anda juga memberikan keyakinan kepada pembeli tentang produk anda. Sesuatu pembungkusan dengan gaya atau rekaan yang menarik memberitahu pelanggan bahawa produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan bukanlah produk yang dijual begitu sahaja.

HAIN® Packaging adalah kilang dan pemborong bungkusan makanan yang berpengalaman dan dipercayai. Kami menggunakan pengalaman dan kepakaran plastik bungkusan kami untuk menyediakan cetak plastik jenama sendiri dan perkhidmatan beg pembungkusan berkualiti tinggi dan kompetitif kepada pelanggan kami di seluruh Malaysia. Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.

Mesij-Anda

HAIN® Packaging

No. B-6-3A, Streetmall, One South, Jalan OS,
Taman Serdang Perdana, Section 6 Seri Kembangan
43300 Selangor Darul Ehsan
Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected]