
4 Kelebihan Packaging Custom untuk Rempeyek Kegemaran Ramai
Mac 10, 2023
Guna Packaging Unik untuk Tarik Perhatian Penggemar Kambing Perap
Mac 16, 2023Penggunaan beg plastik sudah serasi dengan pelbagai jenis perniagaan dan industri. Ia ada dimana saja; samada dalam perniagaan makanan, perusahaan pakaian, mahupun farmasi dan klinik. Dan dalam konteks perniagaan makanan, ia bukan saja terhad pada perusahaan membungkus makanan.
Mungkin kita terlepas pandang kerana ia sesuatu yang sudah biasa, tapi peniaga makanan juga menggunakan beg plastik. Pengusaha restoran, gerai dan warung lah antara yang paling banyak menggunakan beg bungkusan ini. Walaupun nampak ringkas, tapi ia adalah aspek penting dalam membungkus pesanan makanan mereka.
Sebab itulah, beg plastik jenama sendiri cetakan khas memainkan peranan penting. Ia boleh membantu pemilik gerai, restoran dan juga warung makanan untuk lebih maju dan menarik lebih ramai pelanggan untuk datang.
Jenis Beg Bungkus Plastik Ringkas dan Serbaguna
Beg Plastik Singlet: rupanya lebih kurang seperti baju singlet bila ditegakkan. Diperbuat daripada plastik LDPE fleksibel, ia senang dibuka dan dibungkus. Ia juga kukuh, tahan koyak dan kalis air.
Beg Bungkusan Die-Cut: pemegang yang dibentuk memberikan penampilan lebih kemas. Ia boleh dihasilkan dengan plastik LDPE atau jenis HDPE yang lebih tahan lasak. Tambahan pula, ia boleh menampung bekas makanan yang lebih besar atau berat.

Bagaimana Boleh Menaikkan Lagi Perniagaan dengan Beg Plastik
Disini, kita boleh lihat dari pandangan peniaga di bulan Ramadan, dan juga bagi pengusaha yang ada khidmat penghantaran makanan.
Penjenamaan dan Pengiklanan Unik
Ramai peniaga akan mengambil pelbagai inisiatif menambahkan lebih keuntungan, terutamanya di bulan Ramadan. Anda mungkin akan menjual juadah popular atau “signature dishes” buat santapan berbuka puasa di bazar Ramadan. Selain itu, khidmat penghantaran makanan sudah semakin popular, lebih-lebih lagi sejak wujudnya wabak COVID-19 pada tahun 2020. Dan beg plastik antara cara paling ringkas dan unik untuk mengiklankan perusahaan anda.
Beg plastik memiliki ciri-ciri mesra cetak, jadi untuk mencetak logo perniagaan anda sangat mudah. Bukan saja logo, anda juga boleh cetak maklumat lain seperti lokasi cawangan perniagaan. Nombor telefon juga boleh dicetak sekiranya anda ada khidmat penghantaran makanan ataupun perniagaan anda tersenarai di aplikasi makanan popular. Dengan cara ini, beg plastik anda berfungsi sebagai “papan iklan” untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Penjimatan Kos dan Ruang
Beg plastik sebegini selalunya boleh dibeli dengan kos yang rendah, lebih-lebih lagi dalam kuantiti yang banyak. Anda sebagai pemilik perniagaan tidak perlu berbelanja terlalu kerap kerana anda dapat menikmati penjimatan sekaligus.
Tambahan pula, beg plastik ringan, kukuh, dan senang disimpan dengan cara bertindih (flat lay). Ia juga mengambil ruang yang sedikit berbanding pembungkusan lain. Dengan cara itu, semua ruang penyimpanan boleh digunakan sepenuhnya untuk perniagaan anda.
Naikkan Nama Perusahaan Anda dengan Kami
Kesimpulannya, penggunaan pembungkusan plastik bukan saja boleh manfaatkan pengusaha produk makanan atau perusahaan insdustri lain. Peniaga warung, gerai dan restoran juga boleh memanfaatkan kepentingan beg plastik dalam menaikkan keuntungan. Ini sekaligus dapat menambah baik penjenamaan perusahaan anda.
Selama lebih 10 tahun, HAIN® Packaging sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan packaging berkualiti tinggi. Kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan di Malaysia.
Anda boleh hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected] pembungkusan makanan beg berzip kedai plastik Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari Food Packaging Forum, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk.
Soalan Lazim
1. Apakah jenis plastik yang sesuai untuk pembungkusan makanan?
Untuk pembungkusan makanan, plastik PE (Polyethylene) dan PP (Polypropylene) adalah pilihan terbaik kerana ia selamat, tahan air, dan memenuhi standard food-grade. PE lebih lentur manakala PP lebih tegap dan jernih.
2. Apakah minimum order quantity (MOQ) untuk Majukan Lagi Perniagaan Anda dengan Beg Plastik Jenama Te…?
MOQ kami bermula dari 5,000 unit bergantung kepada jenis dan saiz pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan maklumat terperinci tentang pesanan anda.
3. Bolehkah Majukan Lagi Perniagaan Anda dengan Beg Plastik Jenama Te… dicustom mengikut keperluan bisnes?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan custom printing dan saiz mengikut keperluan pelanggan. Anda boleh memilih material, saiz, ketebalan, dan reka bentuk yang sesuai dengan produk anda.
4. Bagaimana cara membuat pesanan Majukan Lagi Perniagaan Anda dengan Beg Plastik Jenama Te…?
Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, e-mel, atau borang di laman web kami. Pasukan kami akan membantu anda dari pemilihan produk sehingga penghantaran.
5. Adakah Majukan Lagi Perniagaan Anda dengan Beg Plastik Jenama Te… selamat untuk kegunaan makanan?
Ya, semua produk pembungkusan makanan kami mematuhi standard food-grade dan selamat untuk bersentuhan langsung dengan makanan. Kami menggunakan material yang telah disahkan oleh SIRIM dan badan keselamatan makanan.





