
Roti Lebih Menyelerakan dengan Plastik Pembungkusan Tersendiri
Februari 27, 2023
Berikan Kelainan Istimewa untuk Plastik Bungkus Jenama Roti Anda
Februari 28, 2023Anda mungkin pernah mendengar perkataan MOQ setiap kali anda menempah khas bungkusan plastik. Terma ini selalu kedengaran bila pembungkusan dihasilkan secara tempahan khas atau “made-to-order”. Namun, MOQ inilah memainkan peranan yang amat penting bagi pembekal, pencetak dan pengilang yang terlibat dalam proses ini.
Apa itu MOQ?
Minimum Order Quantity, atau MOQ, adalah jumlah paling kecil sesuatu produk yang pembekal akan hasilkan. Setiap pembekal selalunya akan menyatakan keperluan MOQ, termasuklah dalam penghasilan bungkusan plastik. Selain itu, ia juga penting bagi kebanyakan perusahaan kerana ia juga membantu menampung kos operasi.
Keperluan MOQ adalah berlainan bergantung kepada pembekal, termasuklah dalam sektor pembungkusan plastik. Ia boleh bermula antara 500 unit, dan boleh mencecah ke hampir 30,000 unit. Ada juga sebahagian pembekal yang mengambil kira berat produk demi mencapai keperluan MOQ.
Kenapa Pembungkusan Plastik Perlu Ada MOQ?
Kebanyakan pembekal atau pencetak bungkusan plastik meletakkan MOQ untuk menampung kos. Ini termasuk kos penghasilan, tenaga kerja dan bahan yang diperlukan. Ringkasnya, mereka juga ada keperluan MOQ yang perlu diikuti apabila berurusan dengan rakan pembekal mereka.

Mungkin nampak seperti menyusahkan, tapi pembekal pembungkusan plastik tidak meletakkan MOQ untuk merumitkan urusan. Ia juga bukan bertujuan untuk merumitkan usaha perniagaan kecil untuk maju. Tetapi, pembekal akan menyatakan MOQ bergantung kepada berapa kali pengeluaran mereka perlu jalani supaya ia boleh dilakukan. Proses ini mengambil kira tempoh penyediaan mesin, atau kos mereka bentuk sesuatu acuan untuk cetakan.
Tapi apa yang akan berlaku apabila jumlah tempahan lebih rendah daripada keperluan MOQ asal?
Ada beberapa perkara yang boleh terjadi:
Bayaran Tambahan
Dalam sektor pencetakan plastik bungkusan, sebahagian pembekal mungkin akan meletakkan bayaran tambahan jika jumlah lebih rendah daripada MOQ asal. Ini kerana mereka tidak dapat memenuhi sasaran keuntungan tanpa bayaran tambahan. Disamping itu, rakan pengilang atau pembekal juga berkemungkinan mengenakan caj tambahan kerana MOQ mereka juga tidak dapat ditepati.
Tambahan pula, perkara ini juga boleh mempengaruhi perniagaan anda. Memang tidak dinafikan bahawa permulaan kecil-kecilan dalam berniaga adalah jalan yang baik dan selamat. Cara ini boleh mengelakkan lebihan bungkusan yang sudah luput tarikh. Tetapi, risiko seperti kos pembelian tinggi dan stok berkurangan dengan cepat akan semakin meningkat.

Harga Bahan Pembuatan Lebih Mahal
Keperluan MOQ juga boleh mempengaruhi operasi pencetakan bungkusan plastik. Biasanya pembungkusan bercetak menggunakan teknik “gravure printing“. Ia melibatkan penggunaan silider tembaga yang bernilai tinggi bergantung kepada kerumitan corak reka bentuk.
Jumlah pembelian bahan juga memainkan peranan dalam penghasilan pembungkusan plastik. Satu unit mungkin memerlukan gulungan bahan sebanyak hampir 6000 meter. Pendek kata, jika MOQ tidak ditepati, banyak pihak akan mengalami pelbagai bentuk kerugian besar.
Persediaan Awal Dapat Membantu
Walau bagaimanapun, MOQ pembekal tidak patut menghindari anda daripada mendapatkan bungkusan plastik produk yang berkualiti. Malah, jika dilakukan dengan baik, ia dapat menguntungkan kedua-dua pihak peniaga dan pembekal.
Persediaan awal dengan mengetahui margin perbelanjaan, titik pulang modal (break even point), dan sasaran keuntungan anda. Dengan melakukan sedikit kajian awal, anda dapat mengelakkan potensi menghadapi risiko tinggi dalam perniagaan anda.
Di HAIN® Packaging, kami memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan berkualiti dengan MOQ dan harga yang berpatutan. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan menyediakan khidmat cetak beg plastik logo sendiri kepada semua pemilik bisnes yang memerlukan khidmat kami. Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami.
Anda boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 11-6987 2289
Email: [email protected] beg plastik ziplock kilang plastik perbezaan plastik Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk.
Soalan Lazim
1. Apakah jenis plastik yang sesuai untuk pembungkusan makanan?
Untuk pembungkusan makanan, plastik PE (Polyethylene) dan PP (Polypropylene) adalah pilihan terbaik kerana ia selamat, tahan air, dan memenuhi standard food-grade. PE lebih lentur manakala PP lebih tegap dan jernih.
2. Apakah minimum order quantity (MOQ) untuk MOQ dan Kepentingannya dalam Tempahan Khas Plastik Bungkusan?
MOQ kami bermula dari 5,000 unit bergantung kepada jenis dan saiz pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan maklumat terperinci tentang pesanan anda.
3. Bolehkah MOQ dan Kepentingannya dalam Tempahan Khas Plastik Bungkusan dicustom mengikut keperluan bisnes?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan custom printing dan saiz mengikut keperluan pelanggan. Anda boleh memilih material, saiz, ketebalan, dan reka bentuk yang sesuai dengan produk anda.
4. Bagaimana cara membuat pesanan MOQ dan Kepentingannya dalam Tempahan Khas Plastik Bungkusan?
Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, e-mel, atau borang di laman web kami. Pasukan kami akan membantu anda dari pemilihan produk sehingga penghantaran.
5. Adakah MOQ dan Kepentingannya dalam Tempahan Khas Plastik Bungkusan selamat untuk kegunaan makanan?
Ya, semua produk pembungkusan makanan kami mematuhi standard food-grade dan selamat untuk bersentuhan langsung dengan makanan. Kami menggunakan material yang telah disahkan oleh SIRIM dan badan keselamatan makanan.



