Produk Makanan Kekal Segar dengan Plastik Bungkus Tahan Panas
February 10, 2023Kualiti Produk Frozen Terjamin dengan Plastik Bungkus Makanan Bermutu
February 15, 2023Bila kita bercakap tentang kurma, ada bermacam jenis packaging yang akan dijadikan pembungkusan untuk juadah berbuka puasa; samada kotak atau standing pouch kurma. Meskipun luar musim perayaan, kurma masih menjadi pilihan lebih sihat bagi ramai rakyat Malaysia kerana khasiat dan manfaatnya.
Namun, seperti produk lain, kurma juga perlukan pembungkusan berkualiti untuk memikat hati pembeli. Anda boleh tonjolkan lagi jenama anda dengan pembungkusan packaging yang unik seperti standing pouch. Dengan rekaan anda tersendiri, senang untuk pembeli mengenali dan mengingati produk anda.
Pembungkusan Fleksibel untuk Kurma
Kebanyakan kita sudah sedia maklum dengan packaging kotak untuk kurma. Tapi itu tak bermakna kita tak boleh gunakan pembungkusan lain untuk produk sama.
Sebab itulah, pembungkusan jenis standing pouch antara yang terbaik untuk produk kurma anda. Ia cara yang menarik untuk mempromosikan produk anda. Selain itu, ia juga mampu membantu anda mengekalkan kesegaran dan kualti produk kurma anda.
Inilah kelebihan “flexible packaging”. Disini antara kelebihan yang lain dalam penggunaan pembungkusan fleksibel jenis standing pouch untuk kurma.
Boleh Disesuaikan Mengikut Jenama
Sebagai pemilik bisnes kurma, anda boleh sesuaikan pembungkusan anda dengan penjenamaan packaging tersendiri. Tambahkan logo jenama, dan maklumat penting seperti sumber produk. Selain itu, anda juga boleh kongsikan cara penyimpanan, maklumat pemakanan dan juga mesej penting seperti usaha menyokong inisiatif masyarakat.
Tambahan lagi dengan musim Ramadan dan Aidilfitri tak lama lagi, anda boleh serikan lagi pembungkusan anda dengan bermacam jenis rekaan dan desain berwarna-warni.
Kesegaran Terjamin
Produk kurma anda boleh kekal segar dan manis dengan tambahan kemasan tutup ziplock pada pembungkusan anda. Selain itu, material standing pouch yang tahan lasak juga dapat membantu mengekalkan kualiti kurma anda. Gabungan lapisan plastik dan bahan berlamina bermaksud pembungkusan anda tahan koyak dan selamat. Pembungkusan ini mampu melindungi produk anda daripada tercemar oleh bendasing luar.
Pembungkusan Mudah
Ramai rakyat Malaysia sekarang ini sentiasa sibuk dengan urusan harian mereka. Kita mesti akan cari makanan atau snek yang senang dibawa dan dimakan. Pembungkusan seperti standing pouch amat sesuai dalam situasi ini untuk packaging kurma. Ini kerana ia senang diambil dan dibuka; ia juga mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana.
Ringan dan Boleh Diguna Pakai
Disamping itu, pembungkusan fleksibel seperti standing pouch juga sesuai bagi produk makanan kering ini. Bungkusan yang rumit kadang kala susah untuk dikendalikan. Penggunaan terlalu banyak kotak juga boleh menjurus kepada pembaziran.
Disini, pembungkusan fleksibel sepertui standing pouch adalah ringan dan senang disimpan. Ia tidak mengambil terlalu banyak ruang dan boleh mengurangkan pembaziran dan penggunaan bungkusan berlebihan. Pembneli anda juga boleh gunakan semula beg anda untuk pembelian seterusnya dan pengisian semula.
Pembungkusan Bijak untuk Produk Terbaik Anda
Di HAIN® Packaging, kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik untuk semua jenis pembungkusan plastik kami. Sebagai pembekal dan pencetak berpengalaman lebih 10 tahun, kami menggunakan kepakaran kami untuk menghasilkan produk berkualiti. Selain pembungkusan kurma dan packaging makanan kering, kami juga menyediakan khidmat cetakan plastik custom pelbagai jenis produk lain.
Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® PACKAGING KUALA LUMPUR
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]