Dokumen Kekal Selamat dengan Sampul Peperiksaan Kukuh
December 1, 2022Produk Roti Lebih Menyelerakan dengan Plastik Pembungkus Roti Khas
December 19, 2022HAIN® Packaging adalah pencetak dan pembekal beg plastik ziplock baju dan tudung. Kami menyediakan khidmat mencetak beg plastik zip untuk bermacam jenis baju dan tudung. Perkhidmatan kami terletak di Kuala Lumpur, dan kami bertekad untuk menjadi antara pesaing utama dalam industri pembekalan pembungkusan plastik di Malaysia.
Kami menyediakan pelbagai pilihan beg plastik zipper baju dan plastik ziplock tudung. Pelanggan boleh tempah mengikut kesesuaian dan jenama produk.
Plastik Ziplock Baju dan Tudung Unik
Kemasan Bertutup dan Lubang Udara
Seperti namanya, plastik ziplock baju mempunyai kemasan bertutup dengan kepala zip (slider top). Kadangkala, kepala zip ini datang dalam bentuk cincin. Kepala zip ini memudahkan beg plastik ziplock ditutup dengan hanya menarik zip kembali ke kedudukan asal. Dengan cara ini, kita boleh memastikan beg kekal bertutup dan baju atau tudung didalam tidak terkeluar. Beg berkepala zip cincin senang dipegang dan ditarik, dan mudah disimpan dengan cara menggantung beg ke dinding.
Kemudian, beg plastik zipper baju kami memiliki lubang udara (vent hole) pada hujung bawah setiap beg. Ini membantu melepaskan lebihan udara dari pembungkusan selepas ditutup. Ciri ini menyenangkan penyimnapan helaian baju atau tudung. Udara dilepaskan melalui lubang ini tanpa perlu kerap membuka semula bungkusan yang telah tutup. Tambahan lagi, dengan ciri ini dapat mengurangkan saiz pembungkusan dan senang disimpan.
Penampilan Menarik dan Boleh Diguna Pakai
Selain itu, kebanyakan packaging ziplock dan plastik zipper baju mempunyai ruang cetakan yang besar dan luas. Pembungkusan sebegini mesra cetak, dan klien dapat menempah rekaan sendiri mengikut jenama dengan cetakan menyerlah dan berkualiti. Ciri-ciri ini juga membolehkan pelbagai perusahaan kecil atau besar mengukuhkan identiti dan kesedaran jenama mereka. Justeru, ini memberikan mereka peluang tambahan untuk mengiklankan produk mereka ke pasaran.
Fungsi zipper ini bermaksud beg ini boleh diguna pakai berulang kali. Pelanggan boleh menyimpan baju atau tudung, dan boleh dibawa keluar, dan simpan semula. Tambahan pula, plastik zipper tudung sebegini dibuat dengan bahan ringan. Ada dua jenis iaitu jenis plastik EVA frosted, atau jenis plastik PE lutsinar. Beg ini tidak mengambil ruang yang terlalu banyak dan mudah disimpan samada dirumah, di tempat kerja ataupun tempat simpanan.
Penyelesaian Pembungkusan Rapi
Di HAIN® Packaging, kami memahami kepentingan pembungkusan yang menarik dan praktikal untuk tujuan produk pakaian anda dikenali ramai. Kami menggunakan kepakaran pembungkusan dan cetakan plastik zipper baju kami demi memberikan khidmat yang terbaik pada semua klien di seluruh Malaysia.
Jika anda tidak pasti jenis beg plastik ziplock yang sesuai untuk rangkaian baju atau tudung anda, jangan risau. Anda boleh hubungi kami untuk khidmat rundingan dan tempahan cetakan. Kami sedia membantu, dan boleh juga kongsikan idea pembungkusan anda bersama kami.