Serlahkan Rangkaian Tudung Anda dengan Plastik Ziplock Tudung Custom

Plastik-Pembungkusan-Baja

Tempah Bungkusan Jenama Sendiri dengan Pembekal Plastik Baja Diyakini

November 17, 2022
Gambar pembungkusan sampul peperiksaan untuk rujukan

Dokumen Kekal Selamat dengan Sampul Peperiksaan Kukuh

Disember 1, 2022
Plastik-Pembungkusan-Baja

Tempah Bungkusan Jenama Sendiri dengan Pembekal Plastik Baja Diyakini

November 17, 2022
Gambar pembungkusan sampul peperiksaan untuk rujukan

Dokumen Kekal Selamat dengan Sampul Peperiksaan Kukuh

Disember 1, 2022

Serlahkan Rangkaian Tudung Anda dengan Plastik Ziplock Tudung Custom

plastik bungkus tudung

plastik bungkus tudung

HAIN® Packaging adalah pembekal dan pencetak plastik ziplock tudung custom untuk pelbagai jenis tudung. Kepakaran kami adalah mencetak beg plastik tudung printed dengan jenama yang boleh diubahsuai warna dan bentuk mengikut keperluan pelanggan dan kesesuaian rekaan dan fabrik tudung. Kami faham kepentingan pembungkusan yang menarik dan praktikal demi memastikan produk anda dikenali ramai. Demi menjimatkan masa anda, kami bersedia membantu dalam memilih pembungkusan yang sesuai untuk rangkaian tudung anda.

plastik bungkus tudung
plastik bungkus tudung

Fesyen Tudung dan E-Commerce Muslimah

Nama besar dalam busana Muslimah terkini seperti Vivy Yusof dan Neelofa amat popular dalam pasaran e-commerce tudung, pakaian Muslimah dan fesyen sederhana. Trend yang semakin berkembang ini telah membantu peningkatan dalam kepentingan e-commerce. Dengan permintaan semakin meningkat dalam trend fesyen tudung, ramai usahawan dan pemilik syarikat akan cuba sedaya upaya untuk memasarkan produk mereka dengan berjaya. Disinilah kepentingan kemasan dan bungkusan diketengahkan, utuk tujuan penampilan yang bergaya dan jenama yang menarik perhatian pembeli.

plastik bungkus tudung
plastik bungkus tudung

Pilihan Bungkusan Menarik dan Berfungsi

Rangkaian pembungkusan kami sesuai untuk pelbagai jenis tudung. Selalunya, jenis pembungkusan untuk produk ini adalah plastik ziplock dengan dua jenis kemasan: kemasan tutup berzip senang dibuka, atau bertutup dengan kepala zip (slider top).

Plastik Ziplock Sebagai Pilihan

Seperti namanya, plastik ziplock tudung custom kami mempunyai kemasan bertutup dengan kepala zip (slider top). Kadangkala, kepala zip ini datang dalam bentuk cincin. Kepala zip ini memudahkan plastik tudung printed ditutup dengan hanya menarik zip kembali ke kedudukan asal. Dengan cara ini, kita boleh memastikan beg kekal bertutup dan tudung didalam tidak terkeluar. Beg berkepala zip cincin senang dipegang dan ditarik, dan mudah disimpan dengan cara menggantung beg ke dinding.

Kemudian, plastik tudung printed kami memiliki lubang udara (vent hole) pada hujung bawah setiap beg. Ini membantu melepaskan lebihan udara dari pembungkusan selepas ditutup. Ciri ini menyenangkan penyimpanan helaian tudung. Udara dilepaskan melalui lubang ini tanpa perlu kerap membuka semula bungkusan yang telah tutup. Tambahan lagi, dengan ciri ini dapat mengurangkan saiz pembungkusan dan senang disimpan.

plastik ziplock tudung custom
plastik ziplock tudung custom

Penampilan Menarik dan Boleh Diguna Pakai

Selain itu, kebanyakan plastik packing tudung custom mempunyai ruang cetakan yang besar dan luas. Pembungkusan sebegini mesra cetak, dan anda dapat menempah rekaan sendiri mengikut jenama dengan cetakan menyerlah dan berkualiti. Ciri-ciri ini juga membolehkan anda mengukuhkan identiti dan kesedaran jenama anda. Justeru, ini memberikan anda peluang tambahan untuk mengiklankan produk anda ke pasaran.

Fungsi zipper ini bermaksud beg ini boleh diguna pakai berulang kali. Pelanggan boleh menyimpan baju atau tudung, dan boleh dibawa keluar, dan simpan semula. Tambahan pula, plastik packing tudung custom sebegini dibuat dengan bahan ringan. Ada dua jenis iaitu jenis plastik EVA frosted, atau jenis plastik PE lutsinar. Beg ini tidak mengambil ruang yang terlalu banyak dan mudah disimpan samada dirumah, di tempat kerja ataupun tempat simpanan.

Pembungkusan Ideal yang Praktikal

Sebagai salah satu pembekal dan pencetak plastik ziplock tudung custom di Malaysia, kami di HAIN® Packaging berusaha untuk menyediakan khidmat cetakan dan penghasilan beg plastik yang berkualiti demi membantu produk anda dikenali di pasaran terkini. Rangkaian anda juga boleh menyerlah dengan plastik packing tudung custom yang sama menonjol dan menarik perhatian pelanggan berpotensi. Jika anda masih tidak pasti jenis bungkusan plastik tudung printed yang sesuai untuk produk anda, jangan risau.

Talian kami sentiasa dibuka untuk khidmat rundingan dan penempahan cetakan. Samada rekaan ringkas dan minimum atau rekaan berwarna menyerlah, kongsikan idea anda dengan kami dan kami sedia membantu.

Mesij-Anda
HAIN® Packaging

No. B-6-3A, Streetmall, One South, Jalan OS,
Taman Serdang Perdana, Section 6 Seri Kembangan
43300 Selangor Darul Ehsan
Phone: +60 11- 6987 2289

Email: [email protected] pembungkusan makanan beg plastik ziplock kedai plastik Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk.

Soalan Lazim

1. Apakah kelebihan beg ziplock berbanding beg plastik biasa?

Beg ziplock mempunyai tutup boleh semula (resealable) yang membolehkan pembukaan dan penutupan berulang kali tanpa merosakkan kandungan. Ia juga memberikan perlindungan lebih baik terhadap kelembapan dan udara.

2. Apakah MOQ untuk Serlahkan Rangkaian Tudung Anda dengan Plastik Ziplock Tu…?

MOQ kami bermula dari 5,000 unit. Kami juga menawarkan pesanan dalam kuantiti yang lebih kecil untuk sampel dan ujian pasaran. Sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.

3. Bolehkah Serlahkan Rangkaian Tudung Anda dengan Plastik Ziplock Tu… digunakan untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk?

Ya, beg ziplock kami sesuai untuk penyimpanan makanan di dalam peti sejuk dan juga freezer. Material PE yang digunakan tahan suhu rendah dan tidak mudah pecah.

4. Adakah Serlahkan Rangkaian Tudung Anda dengan Plastik Ziplock Tu… boleh dicustom dengan logo syarikat?

Sudah tentu! Kami menyediakan perkhidmatan cetakan custom dengan sehingga 8 warna. Anda boleh mencetak logo, maklumat produk, dan reka bentuk eksklusif pada beg ziplock anda.

//
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?