5 Cara untuk Tingkatkan Mutu Packaging Produk Kopi Anda
March 22, 2023Plastic Bag Jenama Sendiri: Tingkatkan Imej & Pengiktirafan Jenama Anda
March 23, 2023Packaging yang unik dapat menyenangkan pengalaman peminat kerepek yang juga suka melancong.
Sebagai pengusaha produk makanan ringan seperti kerepek, anda sedia maklum kepentingan packaging atau pembungkusan baik. Ia bukan saja melindungi produk anda dan kekalkan kesegaran kerepek. Malah, ia juga boleh dijadikan alat pengiklanan untuk tarik lebih ramai pembeli. Tambahan pula, pembungkusan tersendiri boleh meningkatkan pengalaman pembeli yang juga pelancong.
Packaging seperti standing pouch cetak dan beg 3-side seal antara pembungkus plastik makanan yang kerap digunakan untuk kerepek. Pembungkusan ini selalunya diperbuat daripada material plastik atau gabungan plastik dan bahan berlamina yang kukuh. Dengan tambahan kedap tutup ziplock, kerepek boleh kekal rangup dan segar. Plastik bungkus kerepek ini juga boleh mengelakkan daripada terdedah dengan udara, wap, atau habuk dari luar.
Anda sebagai pemilik bisnes juga boleh meningkatkan lagi jenama kerepek anda dan pergi lebih jauh dengan packaging unik dan serba boleh. Bukan saja buat pembeli biasa, malah anda boleh juga menarik minat pelancong dalam dan luar negara.
Produk Lebih Menonjol di Pasaran
Pertama sekali, packaging custom boleh bantu produk kerepek anda lebih menonjol di pasaran. Ini boleh dilakukan dengan rekabentuk tersendiri dan jenama anda terpampang pada pembungkusan.
Pelancong yang singgah ke kedai ataupun stesen petrol barangkali akan membeli snek untuk alas perut atau elak dari penat memandu. Packaging dengan rekabentuk dan warna menyerlah pasti boleh menarik pandangan pembeli pada produk anda. Lagipun, kebanyakan pembeli akan membuat pembelian berdasarkan pembungkusan yang memikat pandangan.
Maklumat Penting Boleh Disampaikan
Selain itu, dengan ciri mesra cetak, anda juga boleh cetak maklumat penting pada packaging kerepek anda. Sebahagian pelancong mungkin ada keperluan makanan tertentu, atau alahan pada sesetengah ramuan.
Anda boleh mencetak maklumat seperti ramuan, amaran alahan (allergen warning), maklumat pemakanan dan juga arahan penyimpanan. Dengan cara ini, pembeli/pelancong dapat mebuat keputusan yang lebih selamat dengan penuh keyakinan pada produk anda.
Promosi Jenama Meningkat
Tahukah anda packaging kerepek anda boleh dijadikan “papan iklan” bergerak?
Pelancong yang membeli produk snek anda barangkali akan bawa terus dalam perjalanan atau penerbangan mereka pergi dan balik. Mereka akan berkongsi dengan orang lain, sekaligus boleh menjadi topik perbualan sambil mereka menikmati snek anda. Pembungkusan dengan rekabentuk unik juga boleh tingkatkan lagi pengalaman pengguna dan jenama senang diingati.
Kemudahan dan Kesenangan Pembeli
Packaging yang memudahkan pembeli juga boleh meningkatkan jenama kerepek anda.
Makanan ringan adalah pilihan terbaik terutamanya bila pelancong ada banyak tempat yang mereka akan pergi. Dan pembungkusan yang mesra pengguna, boleh tutup semula, dan senang dibawa amat penting untuk memudahkan pembeli. Ini juga dapat meningkatkan lagi jenama anda di pasaran.
Dapatkan Packaging Kerepek yang Unik dan Tersendiri
Ringkasnya, packaging cetakan custom dapat memanfaatkan pemilik bisnes makanan ringan, dan juga menyenangkan peminat kerepek yang suka melancong. Ia dapat membantu produk anda menyerlah di pasaran, kekalkan kualiti dan kesegaran, dan juga tingkatkan lagi jenama anda dalam kalangan pembeli. Ia juga dapat membantu menambahbaik pengalaman pengguna dan berikan keyakinan pada produk anda.
Di HAIN® Packaging, kami sentiasa berusaha memberikan khidmat cetakan custom terbaik sebagai pembekal pembungkusan berpengalaman. Kami boleh membantu meningkatkan mutu jenama anda dengan khidmat cetakan packaging berkualiti tinggi. Selain packaging kerepek, kami juga menyediakan khidmat cetak pelbagai pembungkusan plastik lain untuk keperluan bermacam jenis perusahaan di Malaysia.
Anda boleh hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Rujuk juga kami di Whatsapp, atau cari kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan Telegram!
HAIN® Packaging Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur
Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected]