Produk Kopi Kekal Segar dengan Beg Ziplock Cetak Tersendiri

[1] Slider Top Ziplock is an eco-friendly, cost- efficient and also an ecouragent packaging solution for your products

6 Penggunaan Plastik Ziplock untuk Pelbagai Produk dan Perkhidmatan

Februari 23, 2023
The image is promoting a product called "Standing Up Pouch Bag" and features it as a new product to buy; Here is a

Tarik Penggemar Kerepek Pisang dengan Packaging Fleksibel yang Unik

Februari 24, 2023
[1] Slider Top Ziplock is an eco-friendly, cost- efficient and also an ecouragent packaging solution for your products

6 Penggunaan Plastik Ziplock untuk Pelbagai Produk dan Perkhidmatan

Februari 23, 2023
The image is promoting a product called "Standing Up Pouch Bag" and features it as a new product to buy; Here is a

Tarik Penggemar Kerepek Pisang dengan Packaging Fleksibel yang Unik

Februari 24, 2023

Produk Kopi Kekal Segar dengan Beg Ziplock Cetak Tersendiri

The image is a product advertisement for food packaging, specifically a stand-up pouch (SOP) for coffee. The purpose is to showcase the product’s

Beg ziplock ada banyak kegunaan sebagai pembungkusan produk, lebih-lebih lagi jenis tempahan cetak custom atau tersendiri. Ini juga termasuk bagi pemilik bisnes kopi atau pemilik kafe dan restoran.

Tidak kira jenis produk; samada dalam bentuk asal iaitu biji, serbuk, mahupun jenis bancuh segera, ramai rakyat Malaysia sukakan secawan kopi panas ataupun segelas kopi ais. Yang paling penting, produk kopi segar menentukan rasa kopi lebih enak. Disinilah penggunaan beg ziplock tempahan cetak tersendiri memainkan peranan penting.

Kenapa Beg Ziplock Cetak Sendiri Penting Untuk Kopi Berkualiti

Disini, beg ziplock juga boleh dirujuk kepada pembungkusan fleksibel dengan kemasan tutup ziplock. Antara jenis yang popular adalah cetak standing pouch dan beg jenis flat-bottom bertutup sisi. Untuk produk serbuk atau biji kopi, fungsi injap atau “degassing valve” boleh ditambah selain kemasan tutup ziplock. Ini adalah untuk mengelakkan proses “oxidation” yang boleh mengurangkan kualiti biji kopi.

Tapi bagaimana pembungkusan ziplock cetak tersendiri boleh membantu meningkatkan produk kopi jualan anda?

beg ziplock kopi
pembungkusan ziplock standing pouch untuk kopi

Produk Kopi Kekal Segar

Pembungkusan jenis beg ziplock cetak boleh membantu mengekalkan kualiti produk kopi. Ini amat penting lebih-lebih lagi jenis serbuk atau biji kopi. Produk kopi yang terdedah dengan haba, wap dan udara boleh mengakibatkan proses “oxidation”. Ini boleh menyebabkan produk kopi menjadi basi dan hilang aroma dan rasa asal.

Dengan kemasan tutup ziplock yang kukuh pada beg kopi cetak sendiri, anda boleh mengurangkan risiko itu. Material pembungkusan yang kukuh, fleksibel dan tahan koyak juga dapat membantu mengekalkan kualiti produk kopi anda.

beg kopi jenis flat-bottom side gusset

Kemudahan Penyimpanan dan Penggunaan

Trend kafe artisan semakin meningkat di negara kita, dan ini bermakna ramai pemilik bisnes kopi serta pengusaha kafe akan melihat peningkatan dalam permintaan kopi berkualiti. Sebagai pemilik dan pengusaha, berikan aspek kesenangan dan kemudahan pada pembeli anda dengan beg ziplock cetak tersendiri.

Anda boleh menyerlah antara pesaing jenama kopi lain dengan pembungkusan ziplock ini. Dengan fungsi boleh tutup semula, ini memudahkan penggunaan dan penyimpanan produk kopi. Samada untuk para barista kafe ataupun pembeli biasa di rumah, anda pembungkusan ini menjamin kepuasan hati dan meningkatkan pengalaman produk yang lebih baik.

Rakan Pembungkusan yang Diyakini

Ringkasnya, beg ziplock tempahan cetak tersendiri memainkan peranan penting bag mereka yang menjalani perniagaan kopi. Bukan saja produk kekal segar, ia juga dapat meningkatkan kepuasan hati pembeli dengan memberikan produk minuman kopi yang lebih lazat.

Di HAIN® Packaging, kami komited untuk mengekalkan kualiti kerja kami sebagai salah satu pembekal dan pencetak plastik yang diyakini di Malaysia. Kami menawarkan perkhidmatan tempah plastik bercetak dengan reka bentuk pilihan bersesuaian dengan produk. Selain pembungkusan ziplock kopi, kami juga menyediakan khidmat cetak beg plastik logo sendiri untuk keperluan bermacam jenis perusahaan.

Hubungi wakil jualan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau kongsikan idea penjenamaan anda dengan kami. Anda juga boleh rujuk kami di Whatsapp, atau cari kami di FacebookInstagramTwitter, dan Telegram!

HAIN® Packaging Kuala Lumpur

Tingkat 14, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50350 Kuala Lumpur

Phone: +60 11- 6987 2289
Email: [email protected] bungkus makanan beg berzip kedai plastik Untuk koleksi lengkap, layari HAIN Packaging. Mengikut sumber dari MIDA, pembungkusan berkualiti penting untuk keselamatan produk.

Soalan Lazim

1. Apakah kelebihan beg ziplock berbanding beg plastik biasa?

Beg ziplock mempunyai tutup boleh semula (resealable) yang membolehkan pembukaan dan penutupan berulang kali tanpa merosakkan kandungan. Ia juga memberikan perlindungan lebih baik terhadap kelembapan dan udara.

2. Apakah MOQ untuk Produk Kopi Kekal Segar dengan Beg Ziplock Cetak Tersendiri?

MOQ kami bermula dari 5,000 unit. Kami juga menawarkan pesanan dalam kuantiti yang lebih kecil untuk sampel dan ujian pasaran. Sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.

3. Bolehkah Produk Kopi Kekal Segar dengan Beg Ziplock Cetak Tersendiri digunakan untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk?

Ya, beg ziplock kami sesuai untuk penyimpanan makanan di dalam peti sejuk dan juga freezer. Material PE yang digunakan tahan suhu rendah dan tidak mudah pecah.

4. Adakah Produk Kopi Kekal Segar dengan Beg Ziplock Cetak Tersendiri boleh dicustom dengan logo syarikat?

Sudah tentu! Kami menyediakan perkhidmatan cetakan custom dengan sehingga 8 warna. Anda boleh mencetak logo, maklumat produk, dan reka bentuk eksklusif pada beg ziplock anda.

//
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?